Nov 2011 |
Dari 12 November mereka bertiga sudah
berada di Besut – meluangkan masa cuti sekolah bersama Tok Ma dan Tok Yah.
Memang sakan di sana – main game sampai larut malam, tengok Running Man, bangun
matahari dah tinggi – semuanya “FOB”–“Free Of Bebel”!
Tiap-tiap hari diupah seringgit seorang
dan berduyun lah 3 beradik satu sepupu ke kedai di sebelah rumah – aiskrim!
Tiap-tiap hari jugalah aktiviti seharian bermain sepuas hati.. buka “Pusat Seni”
iaitu bilik tamu tamu di belakang ditampal-tampal kertas lukisan dan apa-apa
lagi potongan kecil-kecil kertas; “Penerbangan ke luar negeri” – setakat ini
penerbangan ulang-alik ke Paris, London, Brazil dan Amerika (tau ke kat mana tu?) –
kerusi makan disusun menjadi tempat duduk dalam kapal terbang! Pejabat dan
pusat jualan, jangan di tanya, pasti merata-rata!
Rindu mereka!!
Ogos 2012 |
0 comments:
Post a Comment