Entri kali ni panjang berjela.
Aku cukup tak
faham. Asal beranak anak luar nikah – nak campak dari bangunan. Flush dalam
jamban. Tinggal tepi tong sampah. Tindih dengan tilam. Buang dalam
longkang/sungai. Bungkus dalam beg baju. Comfirm mati la baby tu.
Kalau iya pun
tak rasa takut dengan Tuhan atas dosa berzina tu – jangan la cari pasal dengan
undang-undang manusia bila disabitkan dengan kesalahan membunuh!! Realistik la
skit. Be practical.
Ingat boleh
lepas ke? Polis Malaysia cekap tau! Kejap je dah tau sapa punya angkara. Masuk
berita, masuk paper – terpampang muka si polan polan. Lagi malu satu sekolah- satu kolej - satu universiti
- satu kampus – satu kampong dan kampong sebelah – satu keluarga tau. Nak trace
pompuan yang baru beranak – macam makan kacang je. Kalau iya boleh sorok perut
yang menggeleber semacam tu – pendarahan di peranakan 40 hari baru kering dey.
Banyak opsyen. Fikir. Kalau dah
TERmengandung:
1st
thing – perkara ni memang kena bagitau mak bapak. Hal sebegini tak boleh diselesaikan
sendiri. TAKUT? Mak bapak marah maki hamun anak tak mengenang budi menconteng
arang ke muka keluarga anak setan sampai nak bunuh dengan cara cekik, tembak,
balun, racun atau lempang anak tu sampai mati? At the first place – memang
patut pun kena marah – dah buat dosa berzina sampai mengandung, takkan mak pak
suka hati gembira pulak. Bab tu memang la kena jangka. Tapi – dah habih ‘lava’
marah ibubapak ni – takkan nak bunuh anak tu sebab nak jaga prestasi keluarga. Mak bapak
yang rasional tak de nak masuk penjara sebab bunuh anak sendiri. 2x malu camtu.
Bila orang tua dah tau – mereka akan cari jalan penyelesaian. Bayi tu tak perlu
dibuang atau dibunuh.
2ndly,
kata la memang tak boleh bagitau mak bapak atas sebab-sebab lain SELAIN DARI
TAKUT KENA MARAH atau dibunuh mak bapak sendiri – dah tau mengandung tu
cepat-cepat ajak pakwe nikah. Kalau dia nak – syukur alhamdulillah, selesai
masalah (tak selesai jugak sebab status anak tu kena betul-betul faham) Kalau
dia taknak, pujuk la – takyah hantaran grand bagai, cukup syarat je. Janji kawin. Dah tu – boleh la cari wali.. abang
ke, adik ke, bapak saudara ke.. kalau cakap betul-betul, mesti ada orang yang
boleh tolong. Bukan minta tolong pakwe/abang/bapak saudara buangkan baby tu
dalam sungai – rujuk balik fakta di perenggan ke tiga di atas – polis Malaysia
cekap!!
3rdly
– cari rumah perlindungan. Stay kat situ bila perut dah besar. Bersalin kat
situ. Diaorang akan bagi bantuan dari segi kaunseling, pemeriksaan kesihatan
dan bila baby tu lahir, ada opsyen sama ada nak jaga sendiri atau nak serah
untuk dijadikan anak angkat.
4thly
– “Baby Hatch” kan ada. Dah tau mengandung – cepat-cepat cari lokasi baby hatch
yang terdekat. Kena buat homework la skit – macam mana nak sorok perut selama 9
bulan tu. Biasanya orang yang buang baby ni – dia boleh survive 9 bulan sorok
perut. Sia-sia la usaha dia simpan rahsia
selama 9 bulan tapi akhirnya tertangkap sebab kes buang bayi. Kira skit je lagi
nak lepas tapi tak lepas sebab bunuh anak sendiri.
5thly
– cari family yang tak ada anak yang sanggup jaga sampai la saat-saat
kelahiran.
6thly
– bersalin je kat hospital, lepas tu – walk away. Kesalahan takat tinggal baby
kat hospital – bukan membunuh bayi.
7thly
– HABIS HABIS HABIS opsyen – letakkan baby di tempat yang SANGAT SELAMAT yang
pasti ada orang akan jumpa baby tu dalam keadaan yang baik. Jangan sampai
anjing sampai dulu daripada orang, atau jangan sampai semut kerumun baru orang
jumpa. Lebih bijak, letakkan di rumah orang yang dikenali. Supaya dapat
dipastikan kesejahteraan baby tu. Beli prepaid nombor baru, dan sms orang tu
kata ada baby kat atas kereta/depan pintu rumah.
Rasanya
banyak lagi opsyen-opsyen yang ada. Dah buat – kena la bijak. Tau je
TERmengandung – kena plan betul-betul. Simpan duit, baca buku, cari maklumat. Tak
perlu lah sampai nak buang. Flush dalam tandas. Isyy, bila tandas tu tersumbat,
orang tahu jugak..
0 comments:
Post a Comment