Tuesday, 29 September 2015

Jalan-jalan Paris - Day 3

Hari ni hari terakhir untuk menikmati kota Paris. Esok dan nak balik. Pelik tapi benar, aku sebenarnya dah muak jadi pelancong! Hehee... penat/jemu tu dah terasa!

Aku memang ikut je mana Pakcik Mie nak bawa... aku memang tak study langsung Paris ni. Agenda hari ini adalah ke Louvres, Arc de Triomphe, Avenue Chames Elysee dan... erm tu je!
 
Pakcik Mie punya agenda cari strap jam dan jam sampai berjam-jam.. Mula mula semua rajin nak ikut, tapi lepas tu tunggu je lah.. tak larat nak jalan kaki cari kedai... Jadi, Pakcik Mie pegi cari sendiri kami lepak kat kota Paris sambil menikmati cara menggunakan tandas awam! Sambil makan aiskrim, sambil tengok orang lalu lalang dan test guna tandas awam tu juga! Ingat senang ke dapat peluang nak guna tandas awam kat Paris!  Hahahaaa... Rugi tak ambik gambar! Konon malu la pulak sebab ramai juga orang beratur nak guna tandas tu. Over la pula kan..

Jadi untuk agenda hari ni, aku sertakan gambar jer lah ya... in not so particular order...

Stesyen metro yang penuh dindingnya dengan iklan. Kemas dan Bersih.

Orchestra Italian "Boy Band" di dalam underground metro. Hebat! Sangat professional muziknya!



Iklan di dinding salah satu metro



Stesen Metro Corvisart

Stesen Metro Couronnes - dinding brick putih, bersih je...

Stesen Metro Chatelet

Bakeri

Kedai roti ni sempat kami rasa menunya. Sedap tak terkata walau hanya butter croissant dan roti peach dan aprikot. KAlau tak kerana tunggu kedai jam Pakcik Mie buka, kami mungkin tak singgah membeli di sini. Blessing in disguise.

Masih terbau-bau kesegaran roti yang baru dibakar! Murah sangat hanya EURo1,5 sahaja untuk roti inti coklat... Kalau RM1.5 kat sini roti gardenia pun tak dapat Di Baker's Cottage Presint 8, roti coklat sebegini harganya RM3.50 sebuku yang lebih kecil.

Di luar TODS sahaja..Bukan keutamaan aku shopping beg-beg ribu-riban ni.. 

Pattisserie. Kedai roti.


 Sebelah kiri - Butik Coach. Depan sedikit - Butik Cartier. Aku tengok sahajalah orang beratur. Aku dah dapat beg kulit oren kat Rome cukup lah. Jenama local sahaja. Kat sini lah kawasan kami menunggu Pakcik Mie.Di tepi tandas awam di Kota Paris! Hahahahaa!

 Satu-satunya gambar family yang "menjadi" masa kat Paris! Owhhh rugis rugis!!

Suka gambar ni..




Gambar ni menandakan THE END of our time in Europe . Sob sob sob..

Kesimpulannya:
Aku suka Paris! Rasa nak explore lagi.. walau apa pendapat orang lain, bagi aku - tiada orang yang sombong, tiada bau hancing atau kotor di dalam metro.. aku kagum dengan pemuzik jalanan di dalam metro.. dan pengalaman kami adalah manis di Kota Paris ini.. Kota romantik - hmmphh pegi dengan anak-anak mana nak beromantik nya.. 

Paris - tunggu aku datang!

Next: The End - Airport CDG
Atau: Kami di AirBNB

Monday, 28 September 2015

Jalan-jalan Paris - Day 2 DISNEYLAND PARIS - Tips & Tricks!

Agenda hari ke-2 di Paris adalah DISNEYLAND! Ini memang yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak! Kononnya nak bertolak awal pagi... dan nak mengejar first ride dan beratur untuk ambik Fast Pass..

Hampagas semuanya... kami bangun agak lewat dan hari dimulakan menjelang tengahari...  Agak merugikan kerana akhirnya, kami hanya dapat naik 4 rides di Disney Studio dan 1 ride di Disney Park. Bersedialah untuk beratur selama 50 - 60 minit di setiap ride!

Tips Disneyland Paris
1. Belilah di website rasmi sahaja.
2. Untuk mendapatkan tiket murah, belilah tiket "low season". Di website rasmi Disneyland ada memaparkan "restriction date". Pada tarikh tarikh tertentu harga adalah lebih murah.
Harga Jun 2015: 1 day two parks MINI Tickets -  Euro 62 utuk dewasa dan Euro 55 untuk kanak-kanak.

3. Elakkan hari minggu atau hari cuti kerana harga tiket lebih mahal dan pengunjung lebih ramai. Perlu beratur lebih lama sama ada untuk bermain atau untuk membeli makanan.

4. Rancang perjalanan dengan baik - mulakan di awal pagi untuk mengoptimumkan masa sepenuhnya. Jika beli tiket untuk 2 taman tema... perlu bijak menguruskan masa.

5. Rebut FAST PASS terlebih dahulu sebelum beratur untuk mana-mana permainan! FAST PASS ini berada berhampiran di tempat permainan tersebut. Contohnya, FAST PASS untuk Ratatouille berada di hadapan 'Restoren' Gusteau yang berada di kawasan Ratatouille itu sendiri. Anda boleh bermain di mana-mana tempat dahulu dan kembali semula untuk masuk mengikut masa yang tertera di Fast Pass anda.Perlu ingat - Fast Pass adalah terhad! Sapa cepat dia dapat! Tips fastpas boleh di baca juga di sini .

6. Taman Tema Disney Studio tutup pada jam 5 petang, Sebaiknya mulakan lawatan di sini dahulu dan kemudian sambung ke Disney Park (Sekiranya anda membeli tiket untuk 2 taman tema). Perarakan watak-watak Disney akan bermula jam 6 petang, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perarakan!

7. Ambil risiko - Bawa makanan dan minuman. Selalunya kita akan berada di sini lebih dari 6 - 8 jam. Dalam tempoh tersebut, perlu sekurang-kurangnya 2 kali makan dan berkali-kali minum! Jika 'lepas' dari pemeriksaan, kita dapat menjimatkan masa untuk beratur membeli makanan (saya beratur selama hampir 30 minit untuk membeli makan malam!). Kemungkinan pemeriksaan hanyalah untuk senjata tajam dan merbahaya.. sebab rasa dia tak tengok 2x pun pada makanan yang dibawa..

Makanlah semasa beratur untuk bermain.. Jimat masa... Bekal seperti pisang, biskut, ketupat dan pulut senang untuk di makan. Saya juga membawa 4 botol air mineral, tetapi tidak mencukupi selama 8 jam di sana.. Tapi jangan malu-malu sila lah refill di toilet ya...


8. Masuk lah awal sedikit di Disney Park untuk bergambar di hadapan istana dan cari 'port' yang sesuai untuk perarakan. Orang ramai akan mula memenuhi /duduk bersila di kaki lima di sepanjang laluun perarakan untuk mendapatkan 'best view'. Jika kita di belakang, memang tak nampak apa-apa sebab mat saleh ni tinggi-tinggi. Kita berjinjing belakang depa pun tak nampak apa-apa! Kesian anak-anak kalau dah datang sini tapi tak nampak watak-watak istimewa ini. Pertunjukan bunga api juga bermula jam 10 malam (tak silap) tapi tak kuasa nak tunggu.. memang dah flat gila..

9. Kena standby untuk belanja jajan seperti aiskrim, gulale (cotton candy), crepes, muffin dan aiskrim lagi. Kenang-kenangan seperti keychain dan magnet juga tidak harus dilupakan!


10. Pakailah kasut sukan.. Anda akan menyesal seumur hidup kalau pakai sandal atau kasut bertumit.


Sebelum main apa-apa gambik gambar dulu
Tempat pertama di tuju untuk Fast Pass, 
tapi dah habis - ye lah tengahari baru sampai kan...
Ambik je gambar dulu walau kecewa Fast Pass habis.
Sila lah buat kira-kira harga aiskrim ni ya.... 
kami ulang 4 - 5 kali aiskrim sepanjang di sini

 
 Game pertama yang kami main... Crush Coaster... 
nasib baik best... Best giler!
terubat mood budak-budak ni lepas sejam menunggu

Pulut dan serunding daging kami makan sambil menunggu giliran ..
Barisan yang nampak macam pendek, tapi sebenarnya kat 
dalam macam ular berbelit-belit punya lah ramai orang...
Lepas tu lapar makan lagi lah apa-apa yang ada.. 
bekal bawak pun tak cukup..
Nak main ni pulak.

3 beradik ni beratur sendiri, kesian diaorang dekat 
sejam lebih baru dapat naik. Ibu dan abah tunggu kat 
tepi pagar ni je.
 
Lapar je manjang
Ok singgah kedai dulu sebelum bergerak ke 
Disney Park lepas ni.
Action je lebih tak beli pun.. mahal.. kami beli 
key chain dan magnet je.
Semua orang pun bergerak ke arah yang sama...Disney Park
Eh eh... sama lah orang Malaysia kat belakang tu... 
tapi tak tegur kita pun :-(
Kaki lima kedai semua dah kena booking.
Abang macho pakai beg bunga-bunga yang ibu jahit. 
Bravo Abang! Misi nak mencari makan malam. Masa ni 
semua orang lapar dan belakan dah habis. Cafe pun dah banyak kehabisan makanan. Doa je ada lagi rezeki kami masa ni...


Kesian budak-budak ni.. lama kena tunggu, sampai 
kena marah (mak bapak pun tipis imannya bila lapar 
dan penat ni).. baru dapat makan. Fries pun jadi lah 
janji dapat isi perut. Panjat window sill baru la nampak
 perarakan Disney.

Time ni mencabar nak cari port / tempat / tempat duduk. Sebab hampir takde ruang untuk duduk. Aku nekad je suruh Sofea dan Khadija panjat 'window sill' kedai makan dan berdiri di situ. Kalau tak kerana berdiri kat window sill, memang tak nampak lah Disney Parade tu. Untuk keselamatan, aku berdiri/bersandar di hadapan budak-budak ni. dapat lah diaorang secure makan sambil tengok parade dan bersandar kat aku... 

Kami balik lepas habis parade yang pertama ni. Tak larat dah nak tunggu pertunjukan bunga api sebenarnya. Lepas parade yang pertama tu baru lah dapat pusing-pusing Disney Park cari mainan apa yang boleh di main. Tenaga dan masa dah banyak habis di Disney Studio.. kat park ni macam kureng skit, mungkin sebab dah penat. Nasib baik masuk Alice in Wonderland, dapat la juga merasa 'quality park' kat sini.

Sampai di metro kawasan rumah, dah hampir jam 10, sedang elok dengar orang azan Isya dari dalam rumah/bangunan kat situ. Sememangnya kawasan yang kami duduk kawasan orang Islam, kedai-kedai makan pun banyak kedai Muslim (Gancourt). Kitaorang singgah beli pizza daging dan ayam untuk di makan di rumah. Yummeh.



Next: Paris Day 3











Thursday, 30 July 2015

Jalan-jalan Paris Bahagian 1

7 JULAI 2015

ROME - PARIS

Nasib baik tak terbabas! Penerbangan sepatutnya adalah dari Fiumicino telah diubah kepada Campiano.. Aku sememangnya mendapat notis pemberitahuan melalu gmail, tetapi setelah 2 kali aku semak (di Amsterdam & di Fiumicino semasa ketibaan) semuanya seperti tertera di tiket. Nasib baik (again) sehari sebelum penerbangan aku layankan juga hati yang tak sedap ni. Memang sah, kami akan terbang keluar dari Campiano!

Nasib baik sungguh laaa (lagi sekali), sebab sempatlah aku mencari jalan macam mana nak ke Campiano tu.. Pakcik Mie ditugaskan (malam-malam buta sebelum bertolak besoknya) untuk survey tempat naik bas untuk ke Campiano. Flight kami 9.50am. Memang tak boleh silap tempat. Syukur Alhamdulillah.. Besoknya semuanya berjalan lancar.. Tiada aksi kelam-kabut. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dan basnya pun selesa.. Banyak nasib baiknya.. Allah memelihara kami!




Tips: Menggunakan bas Terravision (6 EURO) lebih murah dari menggunakan keretapi Leonardo Express (14 EURO) jika ingin ke Airport di ROME. Khususnya jika berjemaah.


PARIS
Kami tiba di Paris Orly, lapangan terbang penerbangan murah mengikut jadual pada jam 11.55 dan terus sahaja menunggu untuk mengambil beg. Mudah bila di airport kecik ni.. tidak berbelit-belit nak mencari tempat.


Paris Orly. Abang sukarela join untuk main tolak troli. Hahaha... Padan muka ko bang takde Galaxy Tab takde handfone takde game!
Tengah tunggu teksi. 

Sofea dan Khadija adalah "pengutip" tegar. Jasa korang mengutip brohcure di airport, dapat Abah refer map kat Paris ni!

Dari Paris Orly kami mengambil teksi sahaja ke apartment Airbnb kami. Tambang pun tak semahal mana jika dah berlima. Nak ke Apartment Estelle macam kacang je teksi hantar tepat depan pintu bangunan - tapi bila dah sampai hazab dekat sejam juga nak mencari rumah yang betul antara deretan kawasan 'perumahan' ni. Rupanya di Paris, bangunan-bangunan di tepi-tepi jalan menyembunyikan deretan rumah-rumah di dalamnya!

Apartment Estelle terletak di bangunan paling hujung jalan, sebelah kanan. Tangga spiral tingkat 4 macam nak rabak perut angkat beg! Last sekali aku surrender pada Pakcik Mie dan Haikal je! Nasib ada tenaga lelaki 2 orang!


Seriau lalu kawasan ni sebab sunyi sepi sangat! Bukan seriau dengan makhluk halus ke apa ke.. tapi takut orang marah kami yang bising naik tangga tapak kaki bunyi macam giant!

Walau jerih, tapi akhirnya lega bila dapat masuk rumah. Selesanyaaa! CUMA - lantai rumah berbunyi kriuk.. kriuk.. kriuk.. bila di pijak! Ahhh mak stress!! 

Plus point - rumah ni ada washer dan dryer! Yess!! Downside - toilet kecil sangat! Tapi cukuplah dapat kami mandi dan berhajat dengan sempurna walau siku berlaga dengan dinding.

Ok, cerita pasal apartment ni boleh baca di entry Apartment Airbnb, aku nak sambung cerita hari ni..

Rehat jap, solat dan kami meneruskan kembara hari pertama kami di Paris!

Pakcik Mie bawa kami ke Eiffel Tower!! Yeay!! Baru la feeling macam kat Paris!!
Hoyehh!! Muka ceria ddua orang tu nak tengok Eiffel Tower! Konon sangat tau! Hahaaa! 

Memula riang ria nampak puncak Eiffel dari jauh..






Sesampai kat kawasan bawah bangunan Eiffel Tower tu dah "mula". Mood bergambo pun dah kurengg. Tengok je la aksi macam tak rela nak ambik gambo. Aku tahu apa ubatnya.



Budak-budak ni dah terasa lapo la tu.. tambah-tambah lagi angin kuat benor bertiup.. kusss semangat.. ok lah ibu belanja air panas.. Khadija nak Bownies... huhuu...



Nampak tak perubahan pada muka Khadija bila dah dapat apa yang dia nak... Haikal pun kesian jugak.. sebab dia dengan confidentnya tak nak sarungkan warmer kat belah dalam walau pun aku dah ingatkan masa kat apartment Estelle. Apa lagi, sejuk la tu. Asyik dia sorang je la belasah air panas beli tadi...


Makin lama kat sini makin sejukkk.. Aku rasa dingin je lengan! Tapi boleh pulak ada orang pakai short lagi! Kita ni macam tak cukup kain nak tutup badan rasanya! Pakcik Mie je pakai jaket.. Aku hanya bawak shawl manakala Haikal, Sofea dan Khadija pakai t-shirt je...Alahai..! Kesian kat budak-budak ni! Tu pun nasib baik pakai 2 lapis.. tapi tak tahan bila angin bertiup! 


Muka-muka yang dah mula kesejukan. Haikal dok memegang 
cawan hot chocolate. Aku rasa habis dalam 100Euro++ dok kat sini nyambil tunggu lampu di pasang!

Apa-apa pun kami gagahkan juga tunggu dari petang sampai la lampu di buka kira-kira jam 10 malam - yang sebenarnya masih terang lagi!


Ramainya orang kat bawah tower ni. 
Serabut jugak lelama dok kat sini. 
Pakcik Mie je gigih nak ambik gambar

Matahari yang dah beransur turun
Satu perkara yang aku kesal kat Eiffel Tower ialah - tiada gambar family yang cun! Semua spoil sob sob. Tak de rezeki nampaknya di sini.

Sepanjang kami menunggu dari kira-kira jam 5 petang sehingga 10 malam, aku rasa ada lah 4 - 5 kali berbelanja. Beli souvenier sedikit - tapi selebihnya beli makanan! Gara-gara lapar sebab kesejukan!!


Memula aku beratur nak beli aiskrim (sejuk-sejuk pun makan aiskrim wokeh). Mamat tu kata tunggu sebelah kiri warung ni.. 
Ok lah ye lah bang.. 
Nampak tak Nutella sebesar rasa tuuu... huhuuu..

Belakang tu Sungai Seine yang terkenal itew. Rupanya ini sahaja lah jodoh kami dengan sungai ni. Tak de gambar lain dah rupanya! Warung tu betul-betul belah kiri Sofea. Dapat kami menumpang haba dari generator nya..

Sementara menunggu lampu, kami memang melepak tepi warung ni je. Sebab ada tempat untuk duduk, dan tak serabut dengan orang sangat di sini. Kalau lapar juga senang nak makan. Walau makanan tu adalah sekadar jajan, boleh la nak kenyangkan perut. Kedai depan ada tapi jual burger, semerbak baunya tapi tak boleh makan :-(
Lepas tu aku beratur lagi nak beli Crepes pulak... 
Sedap gila Crepes dia! Sebanyak rasa dia taruk Nutella. 
Dapat juga akhirnya merasa walau secara "tak sengaja" 
French Crepes ni! Hew Hew Hew...



Lepas habis Crepes beratur lagi beli Fries! Sempat aku borak dengan gadis manis dari Albania.. ke Bosnia.. eh lupa lah.... Sisters in Islam...Alhamdulillah.. 

Akhirnya, jam 10 malam.. lampu di pasang!! Hoyeh! Konon-konon berangan adegan duduk dan merenung keindahan Eiffel Tower di simbah lampu malam, sambil memerhatikan gelagat orang.. Poraahhh.... Challo kita balikk!! Penat dan sejuk wei!! 

Cepat-cepat ambik gambo (again - lebih kurang tangkap muat je) dan cabut balik.. Menempuh kesejukan malam pula... Grrr....






Tips:
1. Kena juga prepare pakaian yang bersesuaian walaupun dah masuk musim panas seh! Kalau dah sejuk, memang tak syiok nak jalan!

2. Beli jajan kat Carrefour Express seperti biskut kering, pisang/buah, roti - dan bawa sebagai bekal. Bila dah di kawasan pelancong, harga makanan semua berganda dan kadang-kadang tiada yang sesuai untuk orang Islam.


3. Jangan kedekut dan malas nak bawa tripod! Huhuu.. Aku sangat kesal! Penat sekejap tak sama dengan sesal selama-lama bila tengok gambar senget / blur / tak masuk frame / angle hancus sebab harapkan orang lain ambilkan gambar! Duit bukan turun dari langit untuk aku pegi lagi sekali! 

4. Keychain Eiffel Tower yang dijual oleh migrant secara haram lebih murah dari kat kedai. Boleh tawar menawar lagi. Bukan tawar harga - tapi minta dia tambahkan bilangan keychain tu....

5. Aku penat sebab sejuk. Rugi rasanya tak berjalan kawasan sekeliling Eiffel Tower. Along ajak pegi bangunan yang seberang jambatan (seberang Sungai Seine) sehingga je hujung  sebab katanya view lagi cantik ambil dari situ...

Next : Paris Day 2