Agenda hari ke-2 di Paris
adalah DISNEYLAND! Ini memang yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak!
Kononnya nak bertolak awal pagi... dan nak mengejar first ride dan
beratur untuk ambik Fast Pass..
Hampagas semuanya... kami bangun agak lewat dan hari dimulakan menjelang tengahari... Agak merugikan kerana akhirnya, kami hanya dapat naik 4 rides di Disney Studio dan 1 ride di Disney Park. Bersedialah untuk beratur selama 50 - 60 minit di setiap ride!
Hampagas semuanya... kami bangun agak lewat dan hari dimulakan menjelang tengahari... Agak merugikan kerana akhirnya, kami hanya dapat naik 4 rides di Disney Studio dan 1 ride di Disney Park. Bersedialah untuk beratur selama 50 - 60 minit di setiap ride!
Tips Disneyland Paris
2. Untuk mendapatkan tiket murah, belilah tiket "low season". Di website rasmi Disneyland ada memaparkan "restriction date". Pada tarikh tarikh tertentu harga adalah lebih murah.
Harga Jun 2015: 1 day two parks MINI Tickets - Euro 62 utuk dewasa dan Euro 55 untuk kanak-kanak.
5. Rebut FAST PASS
terlebih dahulu sebelum beratur untuk mana-mana permainan! FAST PASS ini
berada berhampiran di tempat permainan tersebut. Contohnya, FAST PASS
untuk Ratatouille berada di hadapan 'Restoren' Gusteau yang berada di
kawasan Ratatouille itu sendiri. Anda boleh bermain di mana-mana tempat
dahulu dan kembali semula untuk masuk mengikut masa yang tertera di Fast
Pass anda.Perlu ingat - Fast Pass adalah terhad! Sapa cepat dia dapat! Tips fastpas boleh di baca juga di sini .
Makanlah semasa beratur untuk bermain.. Jimat masa... Bekal seperti pisang, biskut, ketupat dan pulut senang untuk di makan. Saya juga membawa 4 botol air mineral, tetapi tidak mencukupi selama 8 jam di sana.. Tapi jangan malu-malu sila lah refill di toilet ya...
9. Kena standby untuk belanja jajan seperti aiskrim, gulale (cotton candy), crepes, muffin dan aiskrim lagi. Kenang-kenangan seperti keychain dan magnet juga tidak harus dilupakan!
10. Pakailah kasut sukan.. Anda akan menyesal seumur hidup kalau pakai sandal atau kasut bertumit.
Sebelum main apa-apa gambik gambar dulu |
Tempat pertama di tuju untuk Fast Pass, tapi dah habis - ye lah tengahari baru sampai kan... |
Ambik je gambar dulu walau kecewa Fast Pass habis. |
Sila lah buat kira-kira harga aiskrim ni ya.... kami ulang 4 - 5 kali aiskrim sepanjang di sini |
Game pertama yang kami main... Crush Coaster... nasib baik best... Best giler! terubat mood budak-budak ni lepas sejam menunggu |
Pulut dan serunding daging kami makan sambil menunggu giliran .. |
Barisan yang nampak macam pendek, tapi sebenarnya kat dalam macam ular berbelit-belit punya lah ramai orang... |
Lepas tu lapar makan lagi lah apa-apa yang ada.. bekal bawak pun tak cukup.. |
Nak main ni pulak. |
3 beradik ni beratur sendiri, kesian diaorang dekat sejam lebih baru dapat naik. Ibu dan abah tunggu kat tepi pagar ni je. |
Lapar je manjang |
Ok singgah kedai dulu sebelum bergerak ke Disney Park lepas ni. |
Action je lebih tak beli pun.. mahal.. kami beli key chain dan magnet je. |
Semua orang pun bergerak ke arah yang sama...Disney Park |
Eh eh... sama lah orang Malaysia kat belakang tu... tapi tak tegur kita pun :-( |
Kaki lima kedai semua dah kena booking. |
Time ni mencabar nak cari port / tempat / tempat duduk. Sebab hampir takde ruang untuk duduk. Aku nekad je suruh Sofea dan Khadija panjat 'window sill' kedai makan dan berdiri di situ. Kalau tak kerana berdiri kat window sill, memang tak nampak lah Disney Parade tu. Untuk keselamatan, aku berdiri/bersandar di hadapan budak-budak ni. dapat lah diaorang secure makan sambil tengok parade dan bersandar kat aku...
Kami balik lepas habis parade yang pertama ni. Tak larat dah nak tunggu pertunjukan bunga api sebenarnya. Lepas parade yang pertama tu baru lah dapat pusing-pusing Disney Park cari mainan apa yang boleh di main. Tenaga dan masa dah banyak habis di Disney Studio.. kat park ni macam kureng skit, mungkin sebab dah penat. Nasib baik masuk Alice in Wonderland, dapat la juga merasa 'quality park' kat sini.
Sampai di metro kawasan rumah, dah hampir jam 10, sedang elok dengar orang azan Isya dari dalam rumah/bangunan kat situ. Sememangnya kawasan yang kami duduk kawasan orang Islam, kedai-kedai makan pun banyak kedai Muslim (Gancourt). Kitaorang singgah beli pizza daging dan ayam untuk di makan di rumah. Yummeh.
Next: Paris Day 3
0 comments:
Post a Comment