1 JUN 2015 - LEMBAH LAUTERBRUNNEN DAN PENDAKIAN KE SCHILTHORN Ketibaan kami
di Lauterbrunnen di sambut oleh pemandangan Air Terjun Staubbach yang
mencurah-curah dari 'dinding' yang tinggi! Air terjun ini boleh di
lawati dengan dikenakan bayaran serta menaiki 'cogwheel train'.
Bajet tak besar, cukup lah mengambil gambar dari bawah sahaja sudah cukup
cantik!
Gambar dari Google
Dari stesyen keretapi, kami mengheret beg sehingga bertemu dengan asrama kediaman kami "Valley Hostel", yang tidak jauh dari stesyen tadi, dalam 5 minit berjalan kaki. Kat luar aku maintain je cool tapi dalam hati - Yeayyyyyy! Aku dah sampai siniiii! Aku pun sebenarnya tak tahu mana kedudukan Valley Hostel ni, nasib baik jumpa sambil heret beg. Walaubagaimanapun, waktu sebegini adalah waktu rehat bagi penduduk tempatan dan hanya boleh "check in" pada jam 3 petang. Mujur ada tetamu yang sedang bersantai di kawasan taman dan mencadangkan agar kami simpan je beg di ruangan stor dan jalan-jalan dulu sebelum masa check in. Ok lah.
Cantik sunggu bunga-bunga berpasu di Swiss ni, sangat berseri...
View yang menyapa kami sesampai ke perkarangan asrama... subhanallah...
Aku meminta tolong tetamu hotel yang sedang berehat untuk ambilkan gambar keluarga untuk di abadikan
Tak sia-sia kami berjalan-jalan di sini. Sememangnya cantik pemandangan walau ke mana sahaja di toleh. tapi anak-anak ni, semuanya dah penat dan tak jumpa pula kedai untuk diupahkan ais krim... kedai kebanyakkan adalah di kawasan stesyen keretapi tadi. Sabarlah anak anak. Layankan mak nak bergambor dan berperasaan Hindustan ya..
Jalan santai sambil minum air Drinho. Dari Malaysia mak bawak berat beg nyah
Hahaha.. posing ala-ala pengantin baru.. hmm.. tak de gaya langsung!!
Ini dah jalan ke jauh skit ke dalam... tak tahu dah air terjun apa nama ni
Layan perasan sorang-sorang. (Mode: I don't care) sebab semua orang tak nak layan Hindustan..
Ni kalau dah duduk kat kaki lima mode pancit la ni
Letih juga la berjalan-jalan, nak maksimumkan masa di sini.. akhirnya kami check in jam 3.30 petang dan bila masuk bilik semua pancit.... sempat la solat dulu, lepas tu dah kena siapkan dinner kami semua. Nasi dan lauk kari ayam Brahim!
Hari ke-2 Misi hari ini : Pendakian ke Schilthorn! Keesokkan harinya, kami mula bergerak jam 8.00 pagi. Sepatutnya jam 7.30, tapi dah masing-masing liat betul nak bangun. Hmmmfffhh.. Dari asrama, bergerak kembali ke Stesyen Keretapi Lauterbrunnen untuk menaiki cable car.
Dari Murren kena jalan keluar ke stesyen Murren Schilthorn ala-ala kat hujung kampung skit, tapi sepanjang jalan di perkampungan Murren tu, memang WOW lawa sangat sangat!!!
Cable car ni kalau penuh boleh muat sampai 50 orang kot
Dah nampak snow capped mountains
Perkampungan Murren, 'No car zone'. Penduduk pun tak ramai. Pelancong sahaja yang kelihatan.
Air dari bumi.. boleh sahaja diminum terus
Sunyi je, tak de pun orang bising memekak atau masak tung tang kedengaran dari luar
Agak-agak
dah kenyang bergambor, baru la we ols menuju ke stesyen Murren Schilthorn dan di
sini perlu membeli tiket asing untuk naik ke atas... Harga: CHF40 untuk dewasa (separuh harga dengan menggunakan Swiss pass). Budak bawah 15 tahun free. Alhamdulillah! Perjalanan
naik ke atas adalah menggunakan cable car sepenuhnya dan kali ini,
mungkin sebab dah lewat tadi sibuk dok round kampung Murren, kami
terpaksa "berasak-asak" dengan pelancong dari Tanah Besar.. So, sebab
malas nak berebut dengan depa, next stop tu kitaorang bagi laluan dulu..
we ols stop kat Stesyen Birg. minum-minum teh dan kopi.. feeling poket
tebal jap, main-main salji, ambik gambor then baru naik ke atas..
kebetulan masa kat situ jelas nampak cuaca kat atas masih berkabus...
so, lepak dulu lah.. Kakak sibuk dok explore kawasan tinjauan!
Nasib baik singgah sini, dapat la main salji tak serabut dan secara ekslusif, kami je yang ada time ni
Ada orang tu request teh tarik.. boleh la mintak teh panas dengan susu segar.. janji kaler sama...
At last, bila
tengok kabus dah clear skit, kami terus naik the next cable car sampai
lah ke Puncak Schilthorn. Alhamdulillah, cuaca time ni memang clear
kabus tadi dah hilang! Suhu kat atas adalah 3 darjah celcius. Kami yang
takde mitten ni sakan ler menahan sejuk beku tangan! Tapi gambar tetap
ambik!
Gambar keluarga di puncak Schilthorn
Kabus dah kembali.. Haikal dah kesejukan
Bila dah tak
tahan sejuk, baru la masuk dalam bangunan Piz Gloria tu. Kat situ ada
lah dia tunjukkan 'peninggalan' James Bond, games James Bond dan
kedai-kedai souvenier. Nasib baik dah survey harga kat bawah.. so jamu
mata sahaja lah. Dah puas pusing dan selfie dan snapping, kami pun turun
menggunakan laluan yang berbeza. Tetap sampai ke Murren dulu.. Along
siap singgah balik semula ke kedai souvenier sebab dok berkira-kira nak
beli t-shirt... tapi, at last dia tak jadi pulak... penyesalan yang di
bawa sehingga hari ini.. huhuu.. Kali ni kami spend dalam 1 1/2 jam kat Murren.. untuk
shopping souvenier dan makan bekal nasi impit... perut dah lapar sangat tadi minum je kat Stesyen Birg tu.
Dah sangat lapar masa ni.. Along cari port baik bawah matahari terik.. balik muka semua berbelang
Kawan kakak - Puteri.. kat bawah port kitaorang makan.. gemuk gemuk lembu kat sini
Lembu tak lari sebab ada pagar elektrik.. mild shock je, tapi kalau kena - tak nak lah kena lagi!
Antara FM yang ada kat kedai sovenier.. kedai pakcik ni je bukak time tu, nasib ada kedai dia..
Kakak dengan gaya dia...
Dari Murren kami turun lagi sehingga ke Stechelberg. Rupanya di sini ada satu air terjun yang chantiknyaaaaaaaa...... rasa macam tak nak balik!
Perjalanan turun dari Schilthorn
Dari stesyen dah nampak air terjun ni.. tapi orang lain macam tak heran sangat...
Rasa nak duduk sini lama lama just menikmati pemandangan ni!
Dari Stechelberg, perjalanan balik ke Lauterbrunnen adalah menggunakan bas...
Dah balik semua asrama masing-masing bukak souvenier dan dok kira-kira - ini untuk kawan kafa, ni untuk kawan sekolah.. Aduhai anak, bankrup mak tau... mak nak beli untuk kawan-kawan pun dok mencongak congak nak!
Secara tidak
rasmi, agenda kami di Swiss semakin hampir kepada penamat, kerana
keesokkan harinya, kami akan bertolak ke Amsterdam. Tips : Makan la kenyang-kenyang masa kat Murren, kat atas mahal! Boleh juga bawa bekal seperti roti, buah dan 'lunch break' di Murren. Souvenier pun
boleh dibeli terus di sini. Harga ada yang lebih murah sedikit dari Lauterbrunnen. Tapi harga ebih kurang sama je.
Can I ask, how do you got those information really properly and so well planned? Like wow. I will go to the Swiss later this November and I (or my sister) might ask you a lot about these stuffs after we finished our exams. We are also geng back-packers and we usually tend to find the cheapest cheapest stuffs (hostel, foods, payments etc.). Well thats how we did whenever we'll go to the overseas. Saya harap sebelum saya pergi saya boleh sempat bertanya benda2 yg penting kat blog ni haha. Dengar kata kat Internet, Swiss people are not really nice with Muslims. And that made me think twice. Is that true?

Dear Miss DoNotLaughAtMyName - so sorry saya terlepas your comments! I dont really know when you will be leaving - and hope that i still can help! Please email me at mizelle101@gmail.com for questions.. hope i can help out on things that i know.. Generally - all Swiss that I jumpa semua baik-baik belaka.. and they respect you equally tak kira siapa lah... I ada juga tersesat and they help out bila tanya direction. No worries there!
3 comments:
Can I ask, how do you got those information really properly and so well planned? Like wow. I will go to the Swiss later this November and I (or my sister) might ask you a lot about these stuffs after we finished our exams. We are also geng back-packers and we usually tend to find the cheapest cheapest stuffs (hostel, foods, payments etc.). Well thats how we did whenever we'll go to the overseas. Saya harap sebelum saya pergi saya boleh sempat bertanya benda2 yg penting kat blog ni haha. Dengar kata kat Internet, Swiss people are not really nice with Muslims. And that made me think twice. Is that true?
Can I ask, how do you got those information really properly and so well planned? Like wow. I will go to the Swiss later this November and I (or my sister) might ask you a lot about these stuffs after we finished our exams. We are also geng back-packers and we usually tend to find the cheapest cheapest stuffs (hostel, foods, payments etc.). Well thats how we did whenever we'll go to the overseas. Saya harap sebelum saya pergi saya boleh sempat bertanya benda2 yg penting kat blog ni haha. Dengar kata kat Internet, Swiss people are not really nice with Muslims. And that made me think twice. Is that true?
Dear Miss DoNotLaughAtMyName - so sorry saya terlepas your comments! I dont really know when you will be leaving - and hope that i still can help! Please email me at mizelle101@gmail.com for questions.. hope i can help out on things that i know..
Generally - all Swiss that I jumpa semua baik-baik belaka.. and they respect you equally tak kira siapa lah... I ada juga tersesat and they help out bila tanya direction. No worries there!
Post a Comment