Dari Geneva, kami bergerak ke Montreux untuk menaiki keretapi Golden Panoramic Express. Di Swiss ni kita boleh pilih unutk menaiki pelbagai pilihan Panoramic Train, semuanya bergantung kepada destinasi yang kita berada dan yang hendak dituju.
Sedang menunggu keretapi kami di Geneva |
Seat agak sempit bila terpaksa mengambil kira beg yang besar. Ada lagi 2 beg besar tau! |
Tren ni agak lengang, mungkin masih pagi, so dapat la we ols tukar-tukar tempat |
Asal naik keretapi, tidur la depa ni |
Perjalanan Panoramic Train ni adalah dari Montreux ke Zweissman sahaja.. perlu tukar tren untuk ke Interlaken Ost.. Bunyi je macam susah, tapi sebenarnya sistem pengangkutan keretapi di Swiss sangat cekap... tak perlu risau-risau sebab di Zweissman, tren yang seterusnya dah tunggu di landasan yang bersebelahan.. dan ada petugas yang berada di situ untuk bertanya sekiranya tidak yakin...
Pemandangan sepanjang perjalanan sememangnya cukup indah! Menyusuri gunung ganang ber"Snow capped" dan tasik dan sungai yang menghijau... nak cakap pun tak tahu warna apa sebenarnya.. tapi yang pasti, memang cantik sangat. Walaupun nama tren ini Golden Panoramic, tapi ia tetap digunakan oleh penduduk tempatan sebagai mod pengangkutan seharian mereka. Tren ini tetap berhenti di stesyen-stesyen kecil untuk mengambil dan menurunkan penumpang tempatan.. Perasaan aku masa tu - Ya Allah excitednya.. dan rasa syukur sangat-sangat!!
Apa yang aku perhatikan di sini ialah, mereka sentiasa memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih tua dan golongan wanita. Sikap sentiasa mengalah. Konduktor tiket juga tidak pernah tertinggal untuk melakukan semakan tiket pada setiap penumpang yang baru menaiki tren... Jadi, jangan fikir untuk naik percuma yaa...
Tips 1: duduk lah di sebelah kanan tren (perjalanan menuju ke Zweissmen dan Interlaken)
Tips 2: Tren ini ada menyediakan soket untuk charge hf, jadi boleh siapkan cable dan adapter
Setibanya kami ke Interlaken Ost (Ost = East = Timur.. ada satu lagi stesyen sebelumnya yang bernama Interlaken West), kami mencari platform untuk keretapi ke Lauterbrunnen. Sepertimana yang di katakan tadi, nampak je macam susah. Sebenarnya platform yang terlibat dari awal-awal telah di cetak oleh petugas di kaunter SBB di Geneva semasa aku membeli tiket Swiss Pass. Aku buat-buat bodoh je tanya tentang jadual keretapi dan dia terus tanya, "Where do you want to go" dan "At what time". Jadi, seharusnya kita bersedia dengan destinasi dan jadual perjalanan, sebab semuanya akan menjadi lebih mudah!
Di stesyen Interlaken Ost |
Asal naik tren mesti mak-mak ni tidur |
Dari Interlaken Ost menuju ke Lauterbrunnen.. pemandangan tak kurang indah dari menaiki Panoramic Train |
Ini lah dimaksudkan warna sungai yang turquoise! |
Peta yang terletak di 'meja kecil' di tren yang kami naiki |
Stesyen keretapi Lauterbrunnen - Gambar dari Google |
Bahagian 3 - Lembah Lauterbrunnen dan Schilthorn!
2 comments:
Seronoknya saya baca perkongsian tentang pengalaman swiss ni :) moga satu hari saya berkesempatan sampai sini..
Seronoknya saya baca perkongsian tentang pengalaman swiss ni :) moga satu hari saya berkesempatan sampai sini..
Post a Comment