Friday, 5 February 2016

Shopping di Ho Chi Minh

Agenda memang untuk semata-mata SHOPPING!

Minta mahap pada pencinta sejarah dan pencinta alam, aktiviti menikmati keindahan alam semula jadi di Mekong River dan Chu Chi Tunnel memang langsung tiada dalam kamus!


Tujuan utama aku ke sini adalah nak buat SUIT dan BLOUSE. Misi tercapai!

1 pasang suit - RM250.
1 blouse - RM80.
1 pasang baju melayu - RM160 (baju + seluar).
Jam 10 siap ukur badan, jam 1 esok siap di hantar ke hotel.

Lain-lain - Di Pasar Ben Thant

Vietnamese silk (RM50)
beg kipling (RM30)
Kasut Nike (RM120)
Kasut Skechers (RM160).

Aku tak tahu la mahal atau tidak.. harap-harap harga yang aku dapat tu murah ler.. Kasut-kasut tu katanya ori. WallahuAlam. Nampak dari cara dia tunjuk dan aku rasa, macam ori, sebab lembut sangat dan boleh lentur. Dia tunjuk yg bukan ori memang keras bila nak lipat/lentur.


Aku ada jugak beli biji teratai untuk bagi budak-budak ofis sesama merasa... dan 3in1 kopi Vietnam.

Oh ya - Harga biji teratai lebih kurang RM70/kg. Harga kopi halal pula dalam RM9/pack.

Untuk aku sendiri - di Jalan Nguyen An Ninh
Telekung sulam tangan (RM60)
Telekung sulam mesin dan bunga timbul (RM55)
Telekung ada renda 3 tingkat (RM45)
Tudung shawl 1 muka ala Neelofa (RM15)
Tudung shawl 1 muka chiffon (RM20)

Sepanjang Jalan Nguyen An Ninh ni lah terletaknya segala kedai makan halal dan kedai-kedai telekung dan jubah dan tudung.


Pengalaman kali ni aku pegi dengan mama dan mak - so lain skit lah thrillnya.. hehehee.. Tapi rasanya lebih cerdik dari yang sudah-sudah. 
Enjoi makan... dan minum smoothies..
Sesapa yang baca blog aku ni - KORANG WAJIB RASA SMOOTHIES BUAH di pasar BenThen tu. WAJIB!

Sila bawak duit banyak ya.






Korang tak yah risau, kat Nguyen Anh Nihn ni banyak makanan halal.. berderet-deret restorennya... pilih je lah.. cuma, biasalah makanan halal di negara majority non-muslim - memang mahal lah skit kan... sediakan duit secukupnya...
Gambar kat atas mama dengan mak aku menikmati sup daging dengan roti kosong. Perghhh nikmat tak terhingga wa cakap lu! Aku lupa apa nama restoren ni.... KaRim tak silap... sup dia paling kena dengan tekak aku..

TIPS:
1. Kalau tak nak beli - tak yah tanya harga langsung, tanya harga hanya bila serius nak beli dan bersiap lah untuk tawar gila-gila - tawar lah mengikut logik korang... kalau kasut lip-lap manik2 dia taruk harga sampai RM250 memang merapu lah kan... tawar kepada RM15... kalau dia marah, marah lah.... bunga bukan seekor kumbang bukan sekumtum.. ko tak kasi aku blah lah... biasanya lepas pelanggan berikan harga mereka - peniaga akan counter balik harga tu.. let say dari RM15 dia akan minta RM35.... korang tawar lah sehingga rasa logik dan masuk akal....   kalau tak dapat - boleh je blah... hahaha!

2. Jangan bawak beg tarik.... bawa lah beg yang boleg beranak dengan sendirinya.. hehehe.. contohnya bawak beg canvas... beg kain... sebab beg2 ni biasanya dalam 400g - 600g sahaja. Jimat timbangan tu.. kalau masuk cabin dapat lah isi semaksimum 6.5kg. Lagi 0.5 kg adalah berat beg - berbaloi tu.... satu beg tarik je dah 2 kg kan.... haa ada lagi balance 5kg jer untuk isi barang.

3. Jangan takut nak mencuba minuman buah-buahan di sana - sedap!

4. Jangan lupa explore di luar kawasan pasar.... ada kemungkinan akan dapar harga yang lebih murah di kedai2 runcit di luar pasar! Tapi korang tetap kena tawar lah!!

Aku takde nak bebanyak bagi tips, sebab rasanya rata-rata blog akan ceritakan benda yang sama.. Jadi - kalau ke sana - bawa duit banyak-banyak ya supaya tak menyesal!! Muahahahaaaaa...

Thursday, 28 January 2016

Cuti Sekolah di Sunway Lagoon



Banyaknya yang aku tertinggal... Dah masuk tahun baru, baru nak update cerita musim cuti sekolah yang lepas.. huhuu..
Ceritanya - cuti hujung minggu tahun persekolahan 2015, hanya ke Sunway Lagoon. Sebenarnya aku sendiri yang teringin nak ke Sunway Lagoon sebab teringin nak naik Vuvuzela tu. TAPI - kecewa - kerana Vuvuzela ditutup atas sebab penyelenggaraan... huhu menyampah!


Tips berguna semasa di Sunway Lagoon: 

  • Be early! Elakkan kesesakan lalulintas, elakkan beratur panjang di kaunter tiket, beratur panjang di tempat permainan! Kaunter buka jam 10 pagi.
  •  Beli tiket online - pantas, tidak bazir masa. Tapi memandangkan FAMILY TICKET hanya di jual di kaunter - aku terpaksa juga menunggu di que yang panjang!  Satu lagi - petugas Sunway Lagoon akan memeriksa setiab beg yang di bawa - jadi, jima anda membawa makanan - nasib-nasib lah ya.. 
  •  Be SMART - beli locker dahulu - then baru salin baju.  Di surf beach juga ada disediakan locker dan bilik persalinan.. Jika menggunakan bilik persalinan di entrance Waterworld - uihh.. ramai orang!  
  • Be SIMPLE - locker tu kecik je. Satu locker yang boleh ulang buka-tutupnya berharga RM20 :-) 
  •  Selipar TIDAK PERLU disimpan di locker. Lebih selesa memakainya sewaktu berjalan-jalan. Trust me. 
  • TOP UP duit secukupnya (lebihkan pun tak apa) pada e-wallet. Senang tak perlu beratur lagi untuk top up sekiranya tidak cukup - masa makan akan guna duit banyak.. 
  •  Tempat yang boleh topup duit:
Main Entrance Ticketing Counters
Surf Beach Ticketing Counters
Scream Park Counter
Rimba Counter
Zuluwalk Locker Counter
Surf Beach Locker Counter
Extreme Park Counter
Zulu Walk Tube Counter
Surf Beach Tube Counter

  • Tuju mainan utama dulu. Oleh kerana pada hari aku dating Vuvuzela tutup, kami terus menuju ke “Nickelodeon Lost Lagoon” yang nun jauuuuuh ke belakang…. Penat jugalah berjalan. Ini antara mengapa selipar tidak perlu disimpan di dalam loker. Di Extreme Park (sebelum sampai (Nickelodeon Lost Lagoon) ada aktiviti ATV (percuma), tapi sebab anak-anak tak minat sangat – tak cuba pun…  Kami kat Nickelodeon ni sangat puas hati – sebab kami adalah antara pengunjung yang sampai awal.. Hampir kesemua mainan di sini kami dapat main sepuas hati.. ulang sehingga 5 – 6 kali! Tak dapat main Vuvuzela, kat sini ada juga ala-ala Vuvuzela, boleh naik pelampung bulat besar beramai-ramai! Dapat le feeling Vuvuzela…
  • Bawalah sarung kalis air untuk telefon sekiranya mahu. Dapat juga lah mengabadikan gambar untuk kenang-kenangan kan….. Oleh kerana semua alat elektronik kami tinggalkan dalam loker, terpaksalah bergantung kepada khidmat jurufoto Sunway yang SANGAT mahal!!! Sekeping gambar lebih kurang RM25 harganya!

  • Harga makanan di sini agak mahal, jadi makan lah kenyang-kenyang di rumah. Tapi dah kalau namanya main air, memang perut ni cepat lapar! Topup lah duit lebih sedikit dalam e-wallet tu… supaya tak de la berkeroncong perutnya…
  • Restoren di sini agak banyak. Kami mula makan di kawasan Nickelodeon Park sahaja, sekadar mengisi perut denan fries, nuggets dan burger. Kemudian hala balik, singgah makan di restoren Marry Brown di kawasan pintu masuk Waterpark.. bersedialah untuk beratur…
  • Aturlah masa untuk balik – Kenapa? Sebab kalau ikut timing semua orang yang akan mula beransur pada jam 4.30 – 5.00 pm, ramai ya hamat orang dalam bilik persalinan tu… nak mandi pun tak puas… Salin baju/mandilah di kawasan surf beach… kurang sedikit padatnya… 


Keseluruhan:

Kami membeli tiket di bawah Pakej Family – 2Dewasa + 2Kanak-kanak RM292. Tapi pakej ni kena beli di kaunter. Tambah tiket untuk Haikal RM108 (boleh beli online). Tiket ni sah untuk semua taman tema – tapi kami hanya menumpukan pada Waterpark sahaja, di mana sebahagian besarnya dihabiskan di Nickelodeon Park. Waktu kami di sini (Disember 2015), semua penggunaan pelampung di Nickelodeon Park adalah percuma.. 

Sebaiknya, strategi yang lebih baik adalah spend dalam 3 jam di dry park, solat dan kemudian baru bergelumang di wet park…atau, main air dulu, solat - kemudia naik untuk main mainan kering. Rugi juga lah kiranya tiket kami.. gara-gara ‘gelap mata’ dengan vuvuzela lah ni.. Kami tak sempat main water slide, 4D Theatre or naik jambatan gantung…. Bila dah patah balik, kami pegi surf beach sahaja.. lain-lain dah terasa penatnya…. Dan malas nak beratur panjang..

Review Nickelodeon Park: 

BEST!  Tarikan dia agak menarik , sesuai untuk dewasa dan my kids yang Tahun 5,6 dan Form 3…. dan tak ramai orang (pada masa itu lah!)  Untuk kanak-kanak bawah 8 tahun tak banyak yang boleh main kot…  Tapi untuk Sponge Bob Playground – menarik juga… walaupun kategori playground, aku tetap main sama-sama…Memang best! Cumanya banyak permainan aku dah tak ingat nama!




Mainan ni perlukan keberanian. Ada had limit berat dan tinggi. Anda perlu berdiri, silang kaki dan menyandar ke belakang (Pakai  'slide' di belakang kita). Staff Sunway akan buka 'lubang' dan kita akan jatuh ke bawah ! Cubalah!  Tips: JANGAN MENJERIT JIKA TIDAK MAHU TERTELAN AIR!


Yang ni aku rasa paling best di sini - nampak tak boat tu besar - kami boleh naik beramai-ramai! Seronok! Ulang 5x di sini!