Banyaknya yang aku tertinggal... Dah masuk tahun baru, baru nak update cerita musim cuti sekolah yang lepas.. huhuu..
Ceritanya - cuti hujung minggu tahun persekolahan 2015, hanya ke Sunway Lagoon. Sebenarnya aku sendiri yang teringin nak ke Sunway Lagoon sebab teringin nak naik Vuvuzela tu. TAPI - kecewa - kerana Vuvuzela ditutup atas sebab penyelenggaraan... huhu menyampah!
Tips berguna semasa di Sunway Lagoon:
- Be early! Elakkan kesesakan lalulintas, elakkan beratur panjang di kaunter tiket, beratur panjang di tempat permainan! Kaunter buka jam 10 pagi.
- Beli tiket online - pantas, tidak bazir masa. Tapi memandangkan FAMILY TICKET hanya di jual di kaunter - aku terpaksa juga menunggu di que yang panjang! Satu lagi - petugas Sunway Lagoon akan memeriksa setiab beg yang di bawa - jadi, jima anda membawa makanan - nasib-nasib lah ya..
- Be SMART - beli locker dahulu - then baru salin baju. Di surf beach juga ada disediakan locker dan bilik persalinan.. Jika menggunakan bilik persalinan di entrance Waterworld - uihh.. ramai orang!
- Be SIMPLE - locker tu kecik je. Satu locker yang boleh ulang buka-tutupnya berharga RM20 :-)
- Selipar TIDAK PERLU disimpan di locker. Lebih selesa memakainya sewaktu berjalan-jalan. Trust me.
- TOP UP duit secukupnya (lebihkan pun tak apa) pada e-wallet. Senang tak perlu beratur lagi untuk top up sekiranya tidak cukup - masa makan akan guna duit banyak..
- Tempat yang boleh topup duit:
Main Entrance Ticketing
Counters
Surf Beach Ticketing Counters
Scream Park Counter
Rimba Counter
Zuluwalk Locker Counter
Surf Beach Locker Counter
Extreme Park Counter
Zulu Walk Tube Counter
Surf Beach Tube Counter
Surf Beach Ticketing Counters
Scream Park Counter
Rimba Counter
Zuluwalk Locker Counter
Surf Beach Locker Counter
Extreme Park Counter
Zulu Walk Tube Counter
Surf Beach Tube Counter
- Tuju mainan utama dulu. Oleh kerana pada hari aku dating Vuvuzela tutup, kami terus menuju ke “Nickelodeon Lost Lagoon” yang nun jauuuuuh ke belakang…. Penat jugalah berjalan. Ini antara mengapa selipar tidak perlu disimpan di dalam loker. Di Extreme Park (sebelum sampai (Nickelodeon Lost Lagoon) ada aktiviti ATV (percuma), tapi sebab anak-anak tak minat sangat – tak cuba pun… Kami kat Nickelodeon ni sangat puas hati – sebab kami adalah antara pengunjung yang sampai awal.. Hampir kesemua mainan di sini kami dapat main sepuas hati.. ulang sehingga 5 – 6 kali! Tak dapat main Vuvuzela, kat sini ada juga ala-ala Vuvuzela, boleh naik pelampung bulat besar beramai-ramai! Dapat le feeling Vuvuzela…
- Bawalah sarung kalis air untuk telefon sekiranya mahu. Dapat juga lah mengabadikan gambar untuk kenang-kenangan kan….. Oleh kerana semua alat elektronik kami tinggalkan dalam loker, terpaksalah bergantung kepada khidmat jurufoto Sunway yang SANGAT mahal!!! Sekeping gambar lebih kurang RM25 harganya!
Harga makanan di sini agak mahal, jadi makan lah kenyang-kenyang di rumah. Tapi dah kalau namanya main air, memang perut ni cepat lapar! Topup lah duit lebih sedikit dalam e-wallet tu… supaya tak de la berkeroncong perutnya…
- Restoren di sini agak banyak. Kami mula makan di kawasan Nickelodeon Park sahaja, sekadar mengisi perut denan fries, nuggets dan burger. Kemudian hala balik, singgah makan di restoren Marry Brown di kawasan pintu masuk Waterpark.. bersedialah untuk beratur…
- Aturlah masa untuk balik – Kenapa? Sebab kalau ikut timing semua orang yang akan mula beransur pada jam 4.30 – 5.00 pm, ramai ya hamat orang dalam bilik persalinan tu… nak mandi pun tak puas… Salin baju/mandilah di kawasan surf beach… kurang sedikit padatnya…
Keseluruhan:
Kami membeli tiket di bawah Pakej Family – 2Dewasa + 2Kanak-kanak
RM292. Tapi pakej ni kena beli di kaunter. Tambah tiket untuk Haikal RM108 (boleh
beli online). Tiket ni sah untuk semua taman tema – tapi kami hanya menumpukan
pada Waterpark sahaja, di mana sebahagian besarnya dihabiskan di Nickelodeon Park. Waktu kami di sini (Disember 2015), semua
penggunaan pelampung di Nickelodeon Park adalah percuma..
Sebaiknya, strategi yang lebih baik
adalah spend dalam 3 jam di dry park, solat dan kemudian baru bergelumang di
wet park…atau, main air dulu, solat - kemudia naik untuk main mainan kering. Rugi
juga lah kiranya tiket kami.. gara-gara ‘gelap mata’ dengan vuvuzela lah ni.. Kami tak sempat main water slide, 4D
Theatre or naik jambatan gantung…. Bila dah patah balik, kami pegi surf beach
sahaja.. lain-lain dah terasa penatnya…. Dan malas nak beratur panjang..
Review Nickelodeon Park:
BEST! Tarikan dia agak menarik , sesuai untuk dewasa dan my kids yang Tahun 5,6
dan Form 3…. dan tak ramai orang (pada masa itu lah!) Untuk kanak-kanak bawah 8 tahun tak banyak
yang boleh main kot… Tapi untuk Sponge
Bob Playground – menarik juga… walaupun kategori playground, aku tetap main
sama-sama…Memang best! Cumanya banyak permainan aku dah tak ingat nama!
Yang ni aku rasa paling best di sini - nampak tak boat tu besar - kami boleh naik beramai-ramai! Seronok! Ulang 5x di sini! |
2 comments:
Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan tips! :)
woow terimakasih atas tipsnya ke Sunway Lagoon, awak dari Jakarta senang melihat tips nya
Post a Comment