Wednesday, 24 June 2015

Bercuti ke Switzerland - Bahagian 3

1 JUN 2015 - LEMBAH LAUTERBRUNNEN DAN PENDAKIAN KE SCHILTHORN

Ketibaan kami di Lauterbrunnen di sambut oleh pemandangan Air Terjun Staubbach yang mencurah-curah dari 'dinding' yang tinggi! Air terjun ini boleh di lawati dengan dikenakan bayaran serta menaiki 'cogwheel train'. Bajet tak besar, cukup lah mengambil gambar dari bawah sahaja sudah cukup cantik!

Gambar dari Google
Dari stesyen keretapi, kami mengheret beg sehingga bertemu dengan asrama kediaman kami "Valley Hostel", yang tidak jauh dari stesyen tadi, dalam 5 minit berjalan kaki. 
Kat luar aku maintain je cool tapi dalam hati - Yeayyyyyy! Aku dah sampai siniiii!

Aku pun sebenarnya tak tahu mana kedudukan Valley Hostel ni, nasib baik jumpa sambil heret beg. Walaubagaimanapun, waktu sebegini adalah waktu rehat bagi penduduk tempatan dan hanya boleh "check in" pada jam 3 petang. Mujur ada tetamu yang sedang bersantai di kawasan taman dan mencadangkan agar kami simpan je beg di ruangan stor dan jalan-jalan dulu sebelum masa check in. Ok lah.



Cantik sunggu bunga-bunga berpasu di Swiss ni, sangat berseri...

View yang menyapa kami sesampai ke perkarangan asrama... subhanallah...

Aku meminta tolong tetamu hotel yang sedang berehat untuk ambilkan gambar keluarga untuk di abadikan
Tak sia-sia kami berjalan-jalan di sini. Sememangnya cantik pemandangan walau ke mana sahaja di toleh. tapi anak-anak ni, semuanya dah penat dan tak jumpa pula kedai untuk diupahkan ais krim... kedai kebanyakkan adalah di kawasan stesyen keretapi tadi. Sabarlah anak anak. Layankan mak nak bergambor dan berperasaan Hindustan ya..

Jalan santai sambil minum air Drinho.
Dari Malaysia mak bawak berat beg nyah





Hahaha.. posing ala-ala pengantin baru.. hmm.. 
tak de gaya langsung!!

Ini dah jalan ke jauh skit ke dalam... 
tak tahu dah air terjun apa nama ni

Layan perasan sorang-sorang.
 (Mode: I don't care) sebab semua orang tak nak layan Hindustan..







 


Ni kalau dah duduk kat kaki lima mode pancit la ni


Letih juga la berjalan-jalan, nak maksimumkan masa di sini.. akhirnya kami check in jam 3.30 petang dan bila masuk bilik semua pancit....  sempat la solat dulu, lepas tu dah kena siapkan dinner kami semua. Nasi dan lauk kari ayam Brahim!



Hari ke-2
Misi hari ini : Pendakian ke Schilthorn!

Keesokkan harinya, kami mula bergerak jam 8.00 pagi. Sepatutnya jam 7.30, tapi dah masing-masing liat betul nak bangun. Hmmmfffhh..

Dari asrama, bergerak kembali ke Stesyen Keretapi Lauterbrunnen untuk menaiki cable car. 


Lauterbrunnen - Grutshalp (cable car) - Winteregg (tren) - Murren






 Dari Murren kena jalan keluar ke stesyen Murren Schilthorn ala-ala kat hujung kampung skit, tapi sepanjang jalan di perkampungan Murren tu, memang WOW lawa sangat sangat!!!


Cable car ni kalau penuh boleh muat sampai 50 orang kot
Dah nampak snow capped mountains

Perkampungan Murren, 'No car zone'. Penduduk pun tak ramai. Pelancong sahaja yang kelihatan.


Air dari bumi.. boleh sahaja diminum terus

Sunyi je, tak de pun orang bising memekak atau masak tung tang kedengaran dari luar

Agak-agak dah kenyang bergambor, baru la we ols menuju ke stesyen Murren Schilthorn dan di sini perlu membeli tiket asing untuk naik ke atas... Harga: CHF40 untuk dewasa (separuh harga dengan menggunakan Swiss pass). Budak bawah 15 tahun free. Alhamdulillah!

Perjalanan naik ke atas adalah menggunakan cable car sepenuhnya dan kali ini, mungkin sebab dah lewat tadi sibuk dok round kampung Murren, kami terpaksa "berasak-asak" dengan pelancong dari Tanah Besar.. So, sebab malas nak berebut dengan depa, next stop tu kitaorang bagi laluan dulu.. we ols stop kat Stesyen Birg. minum-minum teh dan kopi.. feeling poket tebal jap, main-main salji, ambik gambor then baru naik ke atas.. kebetulan masa kat situ jelas nampak cuaca kat atas masih berkabus... so, lepak dulu lah.. Kakak sibuk dok explore kawasan tinjauan!


Nasib baik singgah sini, dapat la main salji tak serabut dan secara ekslusif, kami je yang ada time ni


 

Ada orang tu request teh tarik.. boleh la mintak teh panas dengan susu segar.. janji kaler sama...


At last, bila tengok kabus dah clear skit, kami terus naik the next cable car sampai lah ke Puncak Schilthorn. Alhamdulillah, cuaca time ni memang clear kabus tadi dah hilang! Suhu kat atas adalah 3 darjah celcius. Kami yang takde mitten ni sakan ler menahan sejuk beku tangan! Tapi gambar tetap ambik!








Gambar keluarga di puncak Schilthorn

Kabus dah kembali.. Haikal dah kesejukan
Bila dah tak tahan sejuk, baru la masuk dalam bangunan Piz Gloria tu. Kat situ ada lah dia tunjukkan 'peninggalan' James Bond, games James Bond dan kedai-kedai souvenier. Nasib baik dah survey harga kat bawah.. so jamu mata sahaja lah. Dah puas pusing dan selfie dan snapping, kami pun turun menggunakan laluan yang berbeza. Tetap sampai ke Murren dulu.. Along siap singgah balik semula ke kedai souvenier sebab dok berkira-kira nak beli t-shirt... tapi, at last dia tak jadi pulak... penyesalan yang di bawa sehingga hari ini.. huhuu.. Kali ni kami spend dalam 1 1/2 jam kat Murren.. untuk shopping souvenier dan makan bekal nasi impit... perut dah lapar sangat tadi minum je kat Stesyen Birg tu.




Dah sangat lapar masa ni.. Along cari port baik bawah matahari terik.. balik muka semua berbelang

Kawan kakak - Puteri.. kat bawah port kitaorang makan.. gemuk gemuk lembu kat sini

Lembu tak lari sebab ada pagar elektrik.. mild shock je, tapi kalau kena - tak nak lah kena lagi!

Antara FM yang ada kat kedai sovenier.. kedai pakcik ni je bukak time tu, nasib ada kedai dia..



Kakak dengan gaya dia...

Dari Murren kami turun lagi sehingga ke Stechelberg. Rupanya di sini ada satu air terjun yang chantiknyaaaaaaaa...... rasa macam tak nak balik!
Perjalanan turun dari Schilthorn
Dari stesyen dah nampak air terjun ni.. tapi orang lain macam tak heran sangat...
Kecantikan semakin menghampiri...!
Naaaah... cantik kannn.. subhanallah......CANTIKNYA!!

Tak jemu mata memandang.. 
Rasa nak duduk sini lama lama just menikmati pemandangan ni!


Dari Stechelberg, perjalanan balik ke Lauterbrunnen adalah menggunakan bas...




Dah balik semua asrama masing-masing bukak souvenier dan dok kira-kira - ini untuk kawan kafa, ni untuk kawan sekolah.. Aduhai anak, bankrup mak tau... mak nak beli untuk kawan-kawan pun dok mencongak congak nak!


Secara tidak rasmi, agenda kami di Swiss semakin hampir kepada penamat, kerana keesokkan harinya, kami akan bertolak ke Amsterdam.

Tips : Makan la kenyang-kenyang masa kat Murren, kat atas mahal!  Boleh juga bawa bekal seperti roti, buah dan 'lunch break' di Murren. Souvenier pun boleh dibeli terus di sini. Harga ada yang lebih murah sedikit dari Lauterbrunnen. Tapi harga ebih kurang sama je.



Bersambung ke Bahagian 4: BERGERAK KELUAR





Bercuti ke Switzerland - Bahagian 2

31 MEI 2015 - PANORAMIC TRAIN

Dari Geneva, kami bergerak ke Montreux untuk menaiki keretapi Golden Panoramic Express. Di Swiss ni kita boleh pilih unutk menaiki pelbagai pilihan Panoramic Train, semuanya bergantung kepada destinasi yang kita berada dan yang hendak dituju.

Sedang menunggu keretapi kami di Geneva
Seat agak sempit bila terpaksa mengambil kira beg yang besar. Ada lagi 2 beg besar tau!

Tren ni agak lengang, mungkin masih pagi, so dapat la we ols tukar-tukar tempat
Asal naik keretapi, tidur la depa ni
Masa ada lebih kurang sejam setengah sebelum menaikai Golden Panoramic, hajat hati ingin juga untuk meneroka bandar Montreux yang berhampiran dengan stesyen keretapi tetapi oleh kerana malas untuk simpan beg-beg ini, kami menunggu sahajalah..


Perjalanan Panoramic Train ni adalah dari Montreux ke Zweissman sahaja.. perlu tukar tren untuk ke Interlaken Ost.. Bunyi je macam susah, tapi sebenarnya sistem pengangkutan keretapi di Swiss sangat cekap... tak perlu risau-risau sebab di Zweissman, tren yang seterusnya dah tunggu di landasan yang bersebelahan.. dan ada petugas yang berada di situ untuk bertanya sekiranya tidak yakin...

Pemandangan sepanjang perjalanan sememangnya cukup indah! Menyusuri gunung ganang ber"Snow capped" dan tasik dan sungai yang menghijau... nak cakap pun tak tahu warna apa sebenarnya.. tapi yang pasti, memang cantik sangat. Walaupun nama tren ini Golden Panoramic, tapi ia tetap digunakan oleh penduduk tempatan sebagai mod pengangkutan seharian mereka. Tren ini tetap berhenti di stesyen-stesyen kecil untuk mengambil dan menurunkan penumpang tempatan.. Perasaan aku masa tu - Ya Allah excitednya.. dan rasa syukur sangat-sangat!!







Apa yang aku perhatikan di sini ialah, mereka sentiasa memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih tua dan golongan wanita. Sikap sentiasa mengalah. Konduktor tiket juga tidak pernah tertinggal untuk melakukan semakan tiket pada setiap penumpang yang baru menaiki tren... Jadi, jangan fikir untuk naik percuma yaa...

Tips 1: duduk lah di sebelah kanan tren (perjalanan menuju ke Zweissmen dan Interlaken)
Tips 2: Tren ini ada menyediakan soket untuk charge hf, jadi boleh siapkan cable dan adapter

Setibanya kami ke Interlaken Ost (Ost = East = Timur.. ada satu lagi stesyen sebelumnya yang bernama Interlaken West), kami mencari platform untuk keretapi ke Lauterbrunnen. Sepertimana yang di katakan tadi, nampak je macam susah. Sebenarnya platform yang terlibat dari awal-awal telah di cetak oleh petugas di kaunter SBB di Geneva semasa aku membeli tiket Swiss Pass. Aku buat-buat bodoh je tanya tentang jadual keretapi dan dia terus tanya, "Where do you want to go" dan "At what time". Jadi, seharusnya kita bersedia dengan destinasi dan jadual perjalanan, sebab semuanya akan menjadi lebih mudah!

Di stesyen Interlaken Ost

Asal naik tren mesti mak-mak ni tidur
Dari Interlaken Ost menuju ke Lauterbrunnen.. pemandangan tak kurang indah dari menaiki Panoramic Train

Ini lah dimaksudkan warna sungai yang turquoise!
Peta yang terletak di 'meja kecil' di tren yang kami naiki
Oleh kerana aku memang dah bersedia dengan jadual masa keretapi, dengan mudah petugas tersebut telah mencetak jadual dan platform yang terlibat. Kami tiba di Lauterbrunnen pada jam 1.25 mengikut jadual, sangat tepat! 

Stesyen keretapi Lauterbrunnen - Gambar dari Google


Bahagian 3 - Lembah Lauterbrunnen dan Schilthorn!

Thursday, 18 June 2015

Bercuti ke Switzerland .. Bahagian 1

30 JUN 2015 : SWITZERLAND - THE BEGINNING

Lama sungguh teringin ke Swiss. Dari kecik memang selalu suka tengok background pada kalendar Kuda. Kalau tak gambar Alps, mesti gambar Kuekenhof kan! tapi aku memang sukakan Swiss..

Plan asal adalah percutian kami berdua sahaja ke Swiss selama 8 hari. Tapi, mengenangkan kesiannya anak-anak yang dah besar dan dah punya perasaan jika ditinggalkan, ok lah, bawa lah semua. Aku fikir, ini adalah masa terbaik untuk diaorang, Sofea dan Khadija sudah cukup besar untuk mengingati semua ini dan mereka masih kategori kanak-kanak, harga tiket mesti lebih murah. Haikal sahaja yang sudah bergelar dewasa. Keadaan kesihatan kami semua pun alhamdulillah dan diberi lagi rezeki kelapangan masa.. Duit tu, aku pejam mata korek simpanan.. kalau tak buat macam ni, rasanya tak sampai kami ke sini.

Plan di ubah.. dari berdua - kepada berlima... dan Plan Swiss jadi lah Plan Europe.. bagi memperkenalkan anak-anak kepada budaya dan kota di Eropah.

Peta perancangan perjalanan dan keseluruhan kos kasar yang terlibat
Perancangan bermula seawal bulan Ogos 2014, dengan aku mencari tarikh cuti sekolah pada tahun 2015. Oleh kerana masa tu terlalu awal, KPM tidak dapat memberikan tarikh jangkaan cuti sekolah bagi tahun 2015. Maka terpaksalah aku membuat kajian tarikh cuti-cuti sekolah pada tahun-tahun sebelum dan menjadi nujum Pak Belalang.. Alhamdulillah, nujuman ku tepat !

Perancangan ke dua adalah membeli tiket kapalterbang. Berdasarkan nujuman tarikh cuti sekolah, aku telah nekad membeli tiket seawal bulan Oktober 2014. Ini untuk memastikan plan ini benar-benar berjaya. Setelah tiket dibeli, nak tak nak, rancangan ini mesti dijayakan!!


Bermula dari situ, aku cari info dari blog-blog untuk percutian ini... Terima kasih kepada traveller tegar yang sudi berkongsi kisah dan pengalaman mereka... Aku banyak rujuk blok Kaki Berangan, rossdowsen dan  Chawannauntuk route dan tips bagi trip ke Switzerland. Rasanya aku memang khatam habis part Swiss ni. Highlight percutian ini adalah Switzerland. Yeayy!


Kisah bermula apabila kami tiba di Paris. Paris adalah "pintu pegi-balik" bagi kembara Eropah kami sekeluarga.
Setibanya di Paris, kami terus mencari kereta api yang akan membawa kami ke Geneva. cuaca di Paris, Masyallah, sejuknya. 






Untuk memudahkan urusan, kami mengambil teksi sahaja untuk membawa kami dari lapangan terbang CDG ke stesyen kereta api Gare De Lyon. Jangan takut ambil teksi mahal, rupanya bila ber-5 ni lebih jimat dari ambik bas atau tren! Kelebihan Along untuk berbahasa Prancis amat membantu dalam berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Alhamdulillah...



 Dari Gare De Lyon,  kami menaiki TGV Lyria untuk ke Geneva. Tiket dah dibeli awal-awal dengan harga yang agak murah di website "Capitain Train" 3 bulan sebelum tarikh perjalanan. 3 jam masa dalam kereta api, aku cuba melawan rasa mengantuk - sebab sayangkan pemandangan di kiri kanan yang cantik. Cuma agak ralat kerana tren ini agak 'buruk' dan sempit - tidak seperti gambar yang digoogle.. apa boleh buat, redha je la... 

Tren juga agak sempit dan menyukarkan kami untuk menyimpan 3 beg lugej yang besar dan berat tu.


Tips 1: Kena cepat-cepat naik untuk ambik ruang simpanan beg yang terhad.  
Tips 2: Travel light!!

Sepanjang perjalanan, pemandangan sebelah kanan tren lebih menarik, yang membentangkan ladang-ladang yang menghijau yang sangat mengkagumkan... 
Nak tido pun aku segan sebenarnya - segan dengan mamat yang dok setentang jambu gila.. hahaha...

Alhamdulillah... Kami tiba di Geneva 3 jam kemudian... Stesyen di Geneva agak besar, dan aku terus ajak Along and the kids menuju ke pejabat SBB Switzerland untuk membeli Swiss Pass.


Adegen yang paling tak dapat dilupakan di Geneva adalah kami berputar memusing kawasan setempat mencari apartment Airbnb kami... Aku pun tak tahu la kenapa aku cepat panik sepanjang berada di negara orang ni. Boleh alamat rumah aku tak confirm betul-betul! Aduyai... Lepas tu nak kol, takut bil naik... at last beli je local simcard (Lycamobile) yang berharga CHF5 dan topup sebanyal CHF10! Itu pun suruh orang kedai convenience tu yang masukkan bagai!

Dalam dekat-dekat 2 jam tak jumpa cari rumah (di kawasan yang sama) baru la Allah bukakan jalan yang benar. Haduyai... tapi syukur Alhamdulillah, rumahnya sangat selesa dan cantik!! View rumah juga menghadap sungai yang bertingkat sangat menenangkan hati-hati yang panas lagi hangat sebab sesat!!
Kami kerugian dalam RM100 sebab dah beli tiket untuk pusing-pusing dalam bandar Geneva.. tapi dah sebab sesat, semua orang dah tak sanggup keluar rumah dah...!


TIPS PALING PENTING: 

TUKARLAH SIMKAD ANDA KEPADA LOCAL TELCO !
Aku guna Lycamobile.. rasa berbaloi sangat sebab boleh digunakan di 4 negara dan hinga balik Malaysia, masih ada lagi baki dari mula-mula beli topup 10 Euro tu!!!

Bersambung ke Bahagian II  :  Geneva dan Golden Panoramic Express!


Thursday, 15 January 2015

Anak hilang!



Tak tahu la nak gambarkan macam mana perasaan bila anak kita hilang!
Masa budak-budak ni kecik ada la 2 - 3 kali memasing hilang... Tapi agaknya Allah masih izinkan.. aAhamdulillah jumpa semula.

Haikal: First time
Memula dia hilang masa umur 6 tahun
Kat Carrefour Putrajaya.
tengah pilih-pilih baju untuk dia la jugak.
pandang-pandang dah hilang...
Ya Allah... gugur jantung ni rasanya... terus panggil kuat nama dia Haikal! Haikal! 
Tup-tup Abang Security Bangla yang agak hensyem datang hantar kat aku... Masyallah.....! 
Lepas tu rasa gugup nak meyambung beli barang. Dah tak keruan rasa!

Haikal: 2nd time
Dalam umur 6 - 7 tahun gitu lah jugak.
Kat Kedai Speedy, Alamanda Putrajaya
Dia kata nak tengok video yang orang kedai tu pasang. Aku lak nak tengok apa tah.. lupa dah..
Memang janji - TUNGGU SINI. TUNGGU SINI NANTI IBU DATANG JAP LAGI.
Tak lama pun aku pegi, patah balik cari dia - dah takde! Cari keliling kedai, luar kedai.. Sekali lagi - macam orang gila panggil Haikal! Haikal! 
Nasib baik ada orang yang lalu lalang tu kesian tengok sorang pompuan macam dah nak meroyan - dia bgtau, kak cuba tengok kat kaunter pertanyaan..
Alhamdulillahh... Ya Allah syukurnya! Muka macam macam cuka, dia ada duduk atas kerusi dengan petugas kaunter pertanyaan situ.
Kenapa Ibu lama sangat? Abang pegi cari Ibu!!

Sofea - er, rasanya minah ni tak pernah hilang.. hehe...

Khadija : One and Only Time - di tempat yang paling padat dan bahaya! Kinokuniya, KLCC.
Weekend yang memang manusia penuh.
Masa tu dia dalam umur 6 - 7 tahun gitu la kot.
Kami (with MIL sekali huhuu) kat seksyen kanak-kanak, tengok buku dengan kakak. Dia pulak kejap sana, kejap sini, kejap situ.. Aku pun biar je lah..sebab nampak dengan ekor mata. MIL asyik-asyik tanya
"takpo ko.. dah pegi sano..." Aku lak eksyen, takpe mak.. biar je.. 

Sekali bila nak balik soh Abang cari dia kat tempat yang sepatutnya dia ada, dia TAKDE!!!

Soh lak Along cari - along pun kata TAKDE!

Ya Allah, memang tu je boleh ucap masa tu. Nafas aku dah kencang turun naik ni, tanda tanda nak panik! 
Macam macam dok fikir - anak aku hilang, jangan lah kena culik! 
Ramainya orang.. 
Jangan lah dia keluar dari Kinokuniya ni! Memang susah nak jumpa dah! Start panggil kuat-kuat Khadija! Khadija! 

Tanya security Nepal yang dok cegat depan pintu - nampak tak budak perempuan tocang dua lalu... dia geleng kepala.. tah faham tah tidak mamat tu.
Dok panggil tu dengar suara dia sahut sayup sayup..  Aku pegi kat celah rak buku, dengar tapak kaki berlari, Aku pegi hujung rak buku, dia pulak ke belah sana, macam main nyorok nyorok lak..

Last I just stay put but keep on calling out to her...
Punya la lega nampak muka dia.. dia pun punya la pelukkk!!!
Sambil peluk dia nangis dan pukul pukul aku... 
Marah dan takut dan sangat takut dan dia pun rasa apa yang aku sendiri rasa!!

Ya Allah, cukup lah...
Tak nak dah kena perasaan macam tu... !
Aku lepas pada tu tak pegi dah KLCC dengan family!!

Jangan sekali kali tinggalkan anak kecil mana-mana.. diaorang cepat keliru dengan arah! 
Yang aku perasan masa kat Kinokuniya, Khadija tertukar seksyen dewasa dengan seksyen kanak-kanak - sebab wood flooring dan layout hampir sama dengan di kawasan rak kanak-kanak!

Nasib baik sangat dia tak keluar kedai!
Tak boleh bayang kalau dia keluar dari kedai tu macam mana... alahai.. memang luruh jantung hati ibu!

Jaga la anak masing-masing...
Pasang la doa sungguh-sungguh hati minta Allah lindung setiap masa!
Amin!






Wednesday, 19 November 2014

Pukul bini










Terkejut bila tau ada kawan kena pukul. Dengan laki sendiri. 

Macam.. eh, bukan ke ni modal orang nak buat drama je ke? Kan..

Ibu muda, anak baru nak setahun, gaji besau, pegawai tinggi. Lawa, sedap mata memandang.
Suami - Keja bukan calang calang, dari family kaya, gaji lagi besau dari bini dia.
Kenapa sampai nak pukul bini sendiri? Bahlul la sangat.

Bila aku serkap jarang nampak lebam di lengan, "Woi ko kena pukul ke ni" dia cepat cepat tutup. Tapi lepas tu baru dia buka mulut. 

Bagai zaman tengkujuh sekarang,mencurah-curah dia cerita. Rasanya tak tahan dah tu. Nak cerita dengan mak bapak, boleh jadi krisis, nak cerita dengan kawan, takut jatuh air muka suami.

Punca: Suami dia sangat ego. Tak boleh diri dipersoalkan. Secara asasnya memang bini tak boleh menjawab langsung. Kalau dah wanita zaman sekarang, belajo tinggi tinggi, public speaking hari-hari, mana ada yang tak menjawab? 

Punca juga: Suami pandang rendah keluarga isteri. Adik ipar yang tumpang duduk kat rumah pun dia selamba suruh keluar cari tempat lain. Bini mana yang tahan, kalau adik sendiri laki halau?

Mertua juga diremehkan dan dipersoalkan bila si isteri ni bagi duit. Ditanya, bapak awak kaki judi, mak awak boros beli barang asyik berhutang, buat apa awak bagi duit lagi..
Bini mana yang tahan keluarga kena hina macam tu.

Apa lagi, PANGGG! kena lah sebab melawan/ menjawab...

Entahlah, aku sebenarnya tak tahu nak bagi nasihat macam mana. Takut kita pula dijadikan asas kepada sesuatu keputusan itu.

Hakikatnya, aku memang tak suka. 

Dari si anak membesar dalam suasana mak di pukul, dia hilang hormat kepada ibunya, sebab ibu tak hormat diri sendiri.

Dari cuba pertahankan satu ikatan yang tiada kebahagiaan, kebebasan dan hormat menghormati, lebih baik nyanyi lagu Mas Idayu tu. Lebih baik aku angkat kaki.. aku bosan, bosan dengan sikap mu.. hehehe.. Perpisahan adalah jalan terbaik.. Cari laki lain yang boleh lindungi dia, dan anak itu boleh membesar dengan bapa tiri yang baik.. yang boleh mendidik dia dari kecil bahawa senya wanita itu perlu dihormati, dilindung dan dikasihi.

Wanita itu juga perlu tahu hormat diri sendiri.

Balik ni nak peluk Along kuat-kuat. 

Terima kasih Yang sebab tak pernah jentik I. Tak pernah tinggi suara walau pun kena bebel teruk dengan I.

Terima kasih Ya Allah! 

What would you do?

 

Wednesday, 29 October 2014

Trend baju mengandung ketat

Aku nak minta maaf awal-awal,apa yang ditulis menyinggung perasaan sesetengah orang, tapi hakikatnya, yang salah tetap salah, walau 100,000 ribu orang yang membuatnya.
Benar tetap benar, walau seorang sahaja yang membuatnya.

Kebanyakan aku tengok sekarang, semakin ramai ibu-ibu muda semakin bergaya.. Berbadan dua bukan alasan untuk kelihatan buruk. No.. Tidak sepatutnya begitu."Pregnancy is something to celebrate, with joy".

Cuma sekarang, sebab jubah dah menjadi trend, tak terlepas la preggy moms memakai jubah...  Tapi apa yang menimbul 'ralat' aku adalah kerana pemilihan jubah lycra/spandex ibarat sarung balut nangka. Satu inci kulit pun tidak kelihatan, ditutup rapi, tapi segalanya kelihatan. Perut tertonjol sehingga menampakkan pusat, punggung, dan nasib baik bahagian dada di tutup dengan tudung, syukur terlindung sedikit...

Kenapa 'ralat'? Umum mengetahui, tempoh mengandung adalah tempoh yang penuh dengan limpah pahala yang Allah limpahkan kepada wanita yang sedang mengandung. Alangkah ruginya sekiranya bukan pahala yang diundang, tapi sebaliknya.

Oleh itu, aku menyeru (berapa kerat sangat lah yang singgah sini sampai nak seru) kepada para suami, bapa, sahabat, tukang jahit, adik-adik, bakal ibu, ibu senior - agar sama-sama kita saling mengingati dan sama-sama mencari keberkataan Allah, dan moga kita sama-sama dapat menghindari dari kemurkaanNya...

Amin..


Tutup tapi yang ditutup itu SANGAT nampak