Kos ini tak termasuk makan, minum, duit masuk toilet, jajan, upah sakit kaki, upah merajuk, upah key chain dan lain-lain kos yang tidak nampak...
RM
|
CHF
|
EURO
|
|
Tiket Penerbangan (Pergi Balik) MAS
|
12,730
|
||
Capitain Train (Paris -
Geneva, 5, Adult/Children)
|
205
|
||
Schilthorn
(Adult, 2)
|
80
|
||
Easyjet Basel
– Amsterdam
|
169.09
|
||
Easyjet
Amsterdam – Rome
|
206.45
|
||
Easyjet
Rome – Paris
|
349.76
|
||
Airbnb
Geneva, 1 nights
|
152
|
||
Mountain
Valley Hostel, Lauterbrunnen, 2 nights
|
280
|
||
Airbnb Amsterdam, 1 night
|
345
|
||
Ibis Budget Amsterdam, 2
rooms, 1 night
|
442
|
||
Airbnb Rome, 2 nights
|
236
|
||
City Tax, Rome, 2 Adult
|
20
|
||
Airbnb Paris, 2 nights
|
304
|
||
Swiss Pass (Adult, 2)
|
420
|
||
Reservation
Golden Express (5 seats)
|
50
|
||
Geneva Day Ticket (Adult
CHF8, Child CHF5.6)
|
32.8
|
||
Amsterdm Region Day ticket 13.5 x 5
Zaans Schaans/Volendam)
|
67.5
|
||
Amsterdam City
ticket (48 hrs x5)
|
60
|
||
Fiumicino
Leonardo Express (Euro14 x 3)
|
42
|
||
Roma 48
hrs ticket ( Euro 12.5 x 5)
|
62.5
|
||
Terravision
Airport Transfer (Euro6 x 5)
|
30
|
||
Hop on Hop
Off Green Line x (3 + 2)
|
48
|
||
Taxi CDG -
Gare de Lyon
|
46
|
||
Taxi
Airbnb – CDG
|
60
|
||
Carnet
|
42
|
||
RER to
Disneyland
|
62
|
||
Disneyland
2 Parks Off Season Ticket
|
296
|
||
13172
|
780
|
2886.1
|
|
JUMLAH
KESELURUHAN DALAM RM
|
27836.4
|
Anggaran kos untuk seorang adalah RM5570, selama 12 hari perjalanan - tidak termasuk kos makanan. Kos sehari untuk seorang adalah RM464.16 manakala kos purata bagi seorang adalah RM5567.28.
Untuk makan, aku memang siapkan bekal dari Malaysia lagi. Air kotak Drinho Ice Lemon Tea 4 paket (6 kotak setiap paket), ketupat mini 4 kampit, beras, pulut, Nasi Briani Brahim, lauk Brahim dan roti Gardenia. Tidak dilupakan, periuk kecil comel bagi memasak nasi dan ketupat mini. Jika hendak berjimat, begini lah caranya. Beg memang berat - sampai patah pemegang beg akhirnya!
Tapi sepanjang di Switzerland, kami tidak mengeluarkan kos untuk main meal(kecuali semasa mendaki Schilthorn)! Cuma belanja kecil juga la bila pegi Coop - beli stawberry, lemon tea, aiskrim, jajan - itu semua memang tidak dapat disangkal!
Rebus sebelum tidur air penuh. Besok pagi bangun subuh gajah dah elok kering. Nak lagi mudah, potong siap siap dan Masuk plastik zap. |
Berkelah di tengah panas terik di Murren (kat Malaysia mau pengsan buat macam ni). Aku ajak picnic bawah pokok Pakcik Mie tentang habis-habisan. Dia kata tak dibuat orang.. hmmfftt... |
Dinner di hostel. Tu la periuk yang berjasa sepanjang percutian kami. |
Bukak bekal di Disneyland. Aku gamble bawa masuk makanan. Nasib baik tak kena buang. |
Makan sambil tunggu turn. Lapar gila. Mat Saleh nengok je - dia pun lapar kot... Aku buat poyo je. |
Esok pun makan ketupat juga. [Di kawasan Arca Louvre] |
Aku jadi pencatu. Bergilir suap Sofea, Khadija dan Haikal. Pakcik Mie pun aku sumbat sekali. |
Aku rasa, dapat jimat banyak buat macam ni. Cuma sekali rebus periuk kiut aku tu dapat 15 ketul saiz mini sahaja. Purata satu mulut dapat 3 paket. Boleh lah, tampung lapar. Sekiranya ini tidak dilakukan, kos untuk makan adalah lebih tinggi. Biar beg berat, tapi berbaloi baloi!
Tips 1: Jika ramai ahli keluarga, sangat berbaloi 2x masak ketupat. Satu periuk nasi saiz paling kecil mampu menampung 15 paket ketupat saiz mini. Sebenarnya kalau kami cukup makan, tak perlu beli banyak jajan pun! Jajan tu dibeli sebab masih lapar!
Tips 2: Aku rasa berbaloi juga bawa air Drinho tu. Beli di Mydin untuk dapatkan harga paling murah.
Jalan mana-mana minum air mineral (refill dalam toilet) dan air manis sebagai energy booster. Kalau 1 Euro dan RM4 you.. Itu sorang .. kalau berlima? 2 minggu?? Huhuhuu..
Downside: Beg akan berat tapi akan menjadi semakin ringan!
TAMBAHAN: SYUKUR ALHAMDULILLAH KAMI PEGI SEBELUM rm JATUH!
1 comments:
Salam kenal. Dah lama baca blog ni tapi kali ni lebih serius sebab bulan disember ni nak fly ke zurich. Kalau tak keberatan, boleh explain macamana had bagasi utk naik easyjet. Cadangan nak naik easyjet Zrh-Ams.
Post a Comment