Semalaman di apartment Claudio, aku habiskan dengan membasuh baju.. huihh.. nasib baik hanger banyak.. maka macam pesta malam tu aku dan along menyidai baju.
Hari ini, plan asal adalah untuk ke Florence dengan menyewa kereta. Tapi - seperti biasa - plan aku di luar Swiss semuanya memang tak boleh pakai.. ding-dong kat Termini punya la panjang dan lama beratur untuk mendapatkan kereta sewa yang akhirnya hampa.. Natijah dari tidak booking awal-awal :-(
Akhirnya, alang-alang - kami pun bergerak secara 'kita jalan je'. Ikut sahaja ke mana kaki ni nak bawa.
Azam aku hari ini - untuk menikmati hidangan pizza asli dari Itali! Alhamdulillah - terjumpa juga kedai yang bila aku intai - semua pekerjanya adalah orang Itali.. bukan orang Bangladesh. Itu sahaja ukuran yang aku gunakan untuk 'pizza authentik dari Itali' ku itu.. nyata tepat kaedah yang aku gunakan! Aku memesan seafood dan vegetarian pizza dan seafood spagetti. Pizza sedap dan spegettinya sungguh lazat walaupun rencah yang ada hanyalah daun dan kepah! Sedapp sangat!
Ambiance kedainya pun lain dari kedai yang semalam
Ini barulah pizza Itali asli - perisa sayuran
Pizza perisa makanan laut
Paling enak - seafood aglio! |
Muka gembira setelah kekenyangan.
Pizza yang tak habis tapau boleh makan nanti
|
Perjalanan kami hari ni sebetulnya berkisar kepada makan dan minum serta cenderahati sahaja. Setelah kami meneruskan perjalanan - dan tak lama selepas itu, terjumpa satu kedai gelato yang besar. Apa lagi, sememangnya yang dicari-cari! Rambang mata melihat pelbagai perisa yang disediakan. Harga - 3,50 euro untuk satu mangkuk kecil!
Dari gelato kami bergerak dan terjumpa pula kedai cenderahati (banyak kedai cenderahati di sekitar kawasan ini tapi yang in nampaknya lebih menarik). Masuk juga lah kerana melayan puteri berdua tu dari tadi ajak singgah. Tersangkut juga sehelai tshirt untuk diri sendiri walau aku sememangnya tak berminat sangat dengan tshirt ni.
Orang bertiga tu tak lepas mata memandang cenderahati.. Mak dah tunggu kat depan tu.
Kami berjalan lagi perlahan-lahan. Nyata di kawasan belakang ini, tidak begitu ramai pelancong dan terasa bebas untuk memilih. Tidak seperti di hadapan Termini - pantang berhenti ada sahaja penjaja Bangladesh yang seakan-akan mendesak untuk membeli barangan mereka. Harga juga berlipat ganda! Cuaca hari ni yang aku rasakan lebih baik dari semalam (tidak sepanas semalam - atau mungkin kami keletihan) dan tiada jadual yang perlu di patuhi, agak senang dan santai berjalan begini. Cuma perlu kerap berhenti untuk membeli air dan ber-gelato lagi!
Ke mana sahaja kaki ni sanggup bawa, kami redah je. Aku pun tak tahu apa nama bangunan yang nampak sama ada penting dalam lipatan sejarah atau tidak.. hehee...
Akhirnya, kira-kira jam 4 petang, semua orang sudah terasa hendak tercabut tapak kaki, kami beredar ke Termini semula. Oh, rupanya selama 3 -4 jam kami merayau ni tidak jauh pun dari Termini.. cuma aku yang tidak perasan kerana masuk jalan keluar jalan dan bangunan hampir sama sahaja! Sesampai ke Re de Roma, Along mengajak kami ke kedai gelato yang dia jumpa semalam..
Wow! Rupanya gelato di kawasan apartment kami jauh lebih sedap dari di bandar Rome! Alhamdulillah... merasa juga gelato yang sedap dan istimewa di Rome ini, harga pun lebih murah - 2,50 Euro satu cawan!
Semasa bergerak untuk pulang ke apartment, kami melalui deretan kedai yang serdahana sahaja kelihatannya.. Alhamdulillah - sekali lagi rezeki aku - terjumpa juga kedai barangan kulit! Niat ku, biarlah dapat aku memiliki sebuah beg kulit dari Itali ni... dan kiriman dari kawan sepejabat juga dapat aku tunaikan. Syukur!
Gambar di pintu hadapan apartment milik Claudio sebelum ke destinasi seterusnya. |
Rome Campiano Airport |
Ramainya orang. Nasib baik mereka menunggu untuk Ryan Air bukan Easyjet. Tidak la lama kami perlu beratur untuk boarding sebagaimana di Amsterdam. Serik! |
Tips:
1. Sekiranya berhajat untuk menggunakan kereta, buatlah tempahan lebih awal - harga lebih murah dan dapat memilih kereta yang bersesuaian (serta punyai pilihan untuk menggunakan GPS)
2. KENA ambil berat airport mana yang akan berlepas. Boleh buat persiapan awal - tempat tunggu, tempat beli tiket - supaya tidak kelam kabut.
3. Perlu tahu mana tempat yang hendak di tuju. Aku silap, sebab anggap 'area tu je'. Memang haru bila dah balik kawan dok cerita 'laaa aku beli ni kat Rome la.. murah gila.." dan kita akan ketap bibir dengan rasa kesal!
Bersambung: Paris Part 1
Atau: Kami di AirBNB
Atau anda mukin berminat dengan ini ? Kos Percutian di Eropah
0 comments:
Post a Comment