Lama sungguh tak update blog.. tak de cerita,
tenggelam dalam kesibukan yang tak pernah habis.
Nak kongsikan pengalaman sendiri. Tentang pukul
anak. Bukan pembantu Indon, bukan cikgu, bukan orang lain tapi kita sendiri
yang memukul anak.
Antara suami dan Miz, memang suami tak pernah
jentik anak walau satu jari pun. Berbeza dengan Miz, memang anak-anak semuanya
merasa rotan, tangan atau paling tidak – hanger. Mungkin kerana dibesarkan
dalam suasana ayah yang garang dan Miz pun biasa kena rotan, jadi ciri-ciri ni
Miz ‘turunkan’ pada anak-anak.
Pengalaman Miz kena rotan dengan ayah :–
Pertama: fuhh memang sakit!
Kedua : MEMANG ingat! Takut nak buat lagi!
Ketiga : PENGAJARAN - Berterus terang lebih baik
dari berbohong.
Pemgalaman pertama dan kedua adalah saling
berkait. Kalau tak nak kena pukul, jangan buat lagi.
Pengalaman ketiga – Miz dah buat salah, tapi untuk
selamat tak nak kena pukul – berbohong. Budak darjah 2 – 3 buat cerita pandai
setakat mana sangat lah! Akhirnya – kena rotan juga, tapi atas kesalahan
berbohong!
Contoh:
Ayah: Mana duit atas meja ni?
Miz : (yang telah mengambil duit tersebut) Tak
tahu, bukan orang yang ambik.
Ayah: Habis tu plastik aiskrim dalam tong sampah
tu dapat duit mana?
Miz: (kantoi)
*zaman dulu mana ada pegang duit sendiri. Orang
bagi duit raya semua mak ayah simpankan.
Ayah : (Tanpa cakap banyak) Panggg! Berderai la
air mata sambil tangan memegang pipi yang dah terasa pijauuuu sekejap...
Masa tu Mak akan memainkan peranan dia. Dipeluknya
Miz, dibawa ke bilik.. di pujuknya, sambil menyulam kata-kata nasihat. “Ayah tak
suka orang cakap bohong. Pantang orang cakap bohong dengan dia. Jangan cakap
bohong lagi tau”. Miz hanya mengangguk sambil tersedu sedan.
Biasanya selepas mak pujuk, ayah akan datang
dengan niat memujuk tapi masih mengekalkan nada suara yang tegas. “Jangan cakap
bohong dengan ayah, Kalau ambil duit tu cakap ambil. Kalau buat cakap buat.
Jangan bohong.”
Miz memang takut dengan ayah. Kalau disergahnya
memang terkencing terus dalam seluar. **Mak le yang kena lap** Tapi lesson
learned, terketar-ketar cerita hal sebenarnya tapi lagi takut nak bohong sebab nanti
kena panggg..
**Panjangnya cerita yang yang kata takde cerita tu**
Kesannya sampai sekarang. Apa-apa, ceritakan hal
sebenar. Nak marah pun marahlah. Tak suka pun, itu lah pekara yang telah
terjadi.
Berani.
Mungkin sebegitulah yang Miz cuba bentukkan
anak-anak.
1.
Jangan buat lagi.
2.
Jangan nak bohong.
3.
Akhirat dan pembalansan tak nampak ‘cash’ – tapi ibu
depan mata boleh ‘bayar cash’- jadi nak buat sesuatu yang tak elok – dia akan
ingat ‘ibu marah’ dulu.
Cuma, Miz tak pernah pukul anak masa diaorang
masih kecil. Mengamuk macam mana kat shopping complex pun Miz masih cool. Bila
start pukul? Bila dia dah pandai buat cerita bohong; bila dia mula pukul adik;
bila dah pandai melawan cakap abah dia (cakap ibu sudah tentu tak berani
lawan).
Kena beringat masa pukal anak. Pukul dengan niat nak bentuk dia.
Kalau marah sangat Miz akan ambil rotan pukul meja kasi feel takut je. Lepas pukul, mesti Miz akan pujuk dan terangkan kenapa dia dipukul.
So far, alhamdulillah.. adik dua orang tu selalu kena rotan di tangan selepas di beri opsyen "nak kat punggung atau kat tangan?". Haikal selau pilih opsyen di punggung. Lepas tu Miz tanya - nak berapa (rotan)? Pelik juga diaorang letakkan "2".. agaknya masing-masing tahu 'severity of the offense' hehehe.. Sebab Miz beranggapan diaorang kan mintak satu je!
Haikal pun dah besar. Sudah tahun 6. Kiranya dah nak masuk remaja, Tahun depan dah tak boleh pukul dah. Tahun ni last.. Last? Hahahaha.. last untuk pukul puas-puas?? Na'u zubillah!
Tidak lah sebegitu sekali!
1 comments:
*Sekapal*. Hakak paling sebak tengok anak2 kecik ciut lagi dah kena pukul (in public) kena tengking kaw2 (in public gak). Pada hakak, kalu anak tu tahap umur kasi kala jengking pun dorang ambik main (pasal tak tau hapa), mana la dorang nak paham. Masa umur ni kena ajar bagitau lah dan jangan dok cakap 'jangan' & no je memanjang. Last2 bila anak mula pandai cakap, antara vocab pertama..NO! hambik!
Post a Comment