Konsep pakai tudung ramai yang anggap bila dah tutup kepala dah dikira memenuhi tuntutan Islam untuk menutup aurat.
Betul tak?
Sebab tu iklan pelangsingan badan, model wanita Islam
BERTUDUNG meliuk lentik tayang body yang slim selepas menggunakan produk
pelangsingan tu. Er, herba memontok payudara pun pun menggunakan model wanita
Islam BERTUDUNG, menunjukkan bahagian dada yang tegang kencang dan montok gitu..
of coz la berbaju.. tapi memang fokus kat dada yang baju dah ketat tu.
Sungguh-sungguh rasa wanita-wanita ni diexploitasi
sebab target market adalah wanita melayu, yang bertudung.. dan yang bersetuju
jadi model pun, hmmm.. mungkin tak betul-betul faham itu auratnya yang
dipertontonkan kepada seluruh dunia (well, setiap orang yang menengoknya lah).
Miz pun kadang-kadang, masih alpa dan terperangkap dengan propaganda "Saya sudah menutup aurat" (tapi adakah saya mengikut syariat?" Kena insafkan diri. Perlu kuatkan diri – perlu reminder perlu
peringatan – pada diri sendiri dan bila dah kuat - kepada adik-adik, anak-anak, saudara mara kita
bahawa konsep menutup aurat - bukan sekadar tutup kepala, memakai baju lengan panjang
dan seluar atau kain sehingga ke buku lali.. tetapi menutup aurat adalah bermakna pakaian yang dipakai tidak menampakkan bentuk badan, tidak jarang, tidak juga menarik perhatian... Semoga Allah kuatkan iman ku... AMIN...
http://nawarzara.blogspot.com |
3 comments:
haa kan... memang ramai yang tutup aurat.. aurat diorang faham rambut je kot... kan kan
yang pakai tudung tapi berpegangan tangan berdakap dengan pakwe pun sedih tengok...
apasal baru baca yang ni? huk.. yang lagi rakus tang ista ista..fashionista hijabista. Kena gigih terang kat anak2 dara hakak bila belit & jerut bersungguh kat kepala badan seluar kain, kalu masih mudah nak pakai balik lepas renew wudhu', ikut korang je lah asal tak nyusah orang. Tapi kalu sampai cacat wudhu dan masa terbabai dok layan yg belit libas & jerut..tak payah! hidup ni singkat sgt nak spend masa dgn benda2 gitu. Rasa betul dah ajar anak tang ni..
Post a Comment