Thursday, 20 June 2013

Batch Mana?

Ada sesetengah orang terus familiar dengan frasa ni :-)



Hari tu Miz memenuhi jemputan 'House Warming' dari sahabat lama. Baru beli rumah kat Presint 18 (kot tak silap) Fuh, memang lebih dari setengah juta! Gitu lah rumah kat Putrajaya ni, melangit harganya.. Rezeki dia ada lebih skit hubby dapat bonus 10 bulan dari syarikat minyak. Alhamdulillah, kita pun tumpang seronok dan excited tengok rumah dia.

Nak dijadikan cerita, masa Miz sampai, bersekalilah bersama-sama dua-tiga orang jiran Cik Leha. Yang kaum wanita ni, Cik Leha la sambut. Salam peluk cium laga pipi bagai. Kaum bapa pula, hubby Cik Leha - Si Man yang sambut.
Yer la pertama kali jumpa jiran, berkenalan ler skit-skit kan. Sambil-sambil tu Miz sempat tangkap bibit perbualannya. Jiran tu bertanya pada Si Man - "Batch Mana?"

Tadaaaaaaaa..........

Bermula lah skrip yang Miz pasang telinga (bukan nak bizi body tapi bizi la jugak~) hehe..

Jiran: Batch mana?
Si Man: Ah... batch?
Jiran: Intake..
Si Man: Intake..?
Jiran: P**..
Si Man: oohhh Persatuan penduduk eh.. saya belum daftar lagi (nak tergelak tapi maintain sbb tgh bizi pasang telinga kann)
Jiran: terkulat-kulat terpijat-pijat tersipu-sipu dan tersenyum kelat dan er er er....
Si Man: Jemput la masuk makan.....

dan Miz pun masuk makan dengan kenyangnya....

Memang sangat stereotype... di-stereotype semua orang dari skim perkhidmatan yang sama (skim perkhidmatan tu je kot dianggap mampu beli rumah sendiri. sedih kan)
Apakah?
Maka.. PENGAJARAN..
Setiap kal bertemu jiran tetangga - jangan diusul batch mana.. intake mana...pangkat apa...

Jiran kita, semuanya jiran kita jua... tak kira kedudukan dan seniority - asal JIRAN SEPAKAT, MEMBAWA BERKAT...


Tuesday, 18 June 2013

Second wife

Topik ni sangat taboo bagi kebanyakan wanita. Jangan kata nak kawin, sebut topik pasal nak kawin lain pun sorry - nahas cari pasal. Rata-rata para isteri berkata jangan percaya sangat kat suami, pantang lepa terlepas mata kita, melilau lah mata dia.

Hmmm... familiar? Miz penah tengok pun para suami, yang berdukung anak lagi - meleret anak mata menengok pompuan lawa disertai seksi skit melintas depan mata.. memang menyampah juga sebenanrnya. NAmpak sangat gelojoh gatalnya.

Tapi topik ni sangat open bagi Miz. Alah, lelaki ni, kalau dia nak buat hal, macam mana kepung pun dia jumpa juga jalan keluar. Macam mana bini tak percaya pun, kalau dah auta tu memang gelap mata isteri tak nampak satu pun. Kalau dah niat nak tipu bini, memang hidup-hiduplah kena tipu. 

Bab tu - Miz memang maleh nak pening kepala atau sakit hati dok menyemak sms/kol husbend. Tapi so far alhamdulillah, sesekali buat audit takde la yang pelik2 tu kat hp dia.. hehehee..

Miz selalu cakap kat husband, kalau nak kawin lagi, cakap. Jangan senyap-senyap.  Saya tak mintak bunglow atau keta sebijit - Secara realistik, memang tak mampu pun... tapi sekurang-kurangnya awak kena compensate sayaFeeling - RM7k sebulan. Utk kurangkan sakit hati saya.
Lagi satu - kalau nak cari bini baru - pastikan orang kaya. Jangan sampai menyusahkan saya. Kurang-kurang kalau dapat madu kaya, hati tak sakit dua kali nak menanggung laki yang dok menanggung bini satu lagi. Kita pulak dok menyara keluarga belah sana. Apa cer???

Kawan Miz kata Miz gila.. hehehe.. gila jugak bunyinya kan.. izinkan suami kawin lain. Tapi bila difikirkan balik - orang dah nak, larang macam mana pun, tak guna juga. Dari dia menyorok2 buat dosa, baik lah halalkan semuanya.
Kena realistik dan berpijak di bumi nyata, jangan diturutkan rasa.

Cuma tu je lah - nak kawin lain - JANGAN SAMPAI MENYUSAHKAN SAYA. Hati dah cukup sakit.

Abang nak kawin lagi satu?

Sunday, 19 May 2013

Kebebasan Bersuara

Wujud ke kat Malaysia ni? Serius.. perlu cenderung kepada satu pihak sahaja.. Selain dari pihak tersebut, segala bagai pendapat direjek habis-habisan... Derhaka katanya, Murtad bagainya.

Deme kata:

1. freedom of speech (http://dictionary.reference.com)
the right of people to express their opinions publicly without governmental interference, subject to the laws against libel, incitement to violence or rebellion, etc.

2. Freedom of Speech Law & Legal Definition (http://definitions.uslegal.com)
The First Amendment of the United States Constitution protects the right to freedom of religion and freedom of expression from government interference.

3. (http://ms.wikipedia.org)

"Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat".[1][2] Di samping itu, kebebasan bersuara diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia Eropah, benua-benua Amerika, dan Afrika. "


Hmm .. habis tu, awat semua orang melenting bila ada orang nyatakan sesuatu.. nyatakan pendapat secara peribadi. 
Yang cerita bola sampai raja pun boleh kena ban.. haduhai... 
Kata orang-orang Melayu sekarang dah berfikiran terbuka, maju, lebih bijak.. duh?

TAK BOLEH TERIMA KRITIKAN?
Itu bukan world class mentality!

 

Monday, 29 April 2013

Antara kerjaya dan keluarga



Mana lebih penting?

Bagi yang bekerja sendiri – mungkin persoalan tersebut tidak timbul -"You are your own bos"!
Yang makan gaji ni
Dalam hati berkata – kita kerja kerana keluarga, nak bagi kesenangan pada keluarga (dan juga pada diri kita sendiri – jangan nafikan hakikat itu)
Di mulut juga sering berbicara – “family comes first”.

Ye ke?

Tanggungjawab terhadap kerja – boleh diabaikan ke?
Amanah yang telah diberi – di tolak juga?
Hasil titik peluh memikul amanah ini lah yang diberikan pada keluarga, yang mengisi perut anak-anak.
Ketepikan amanah, abaikan tanggungjawab = bukan ciri khalifah yang baik, bukan Islam yang dituntut.

Macam mana?

Tuntutan kerjaya sering memerlukan pengorbanan.
Pengarah saya sering berkata – antara kerjaya dan keluarga –  DAHULUKAN kerja!
"Ya – kamu boleh pilih keluarga, TAPI INGAT – kamu akan bebankan orang lain untuk menjalankan tanggungjawab kamu!"
Tersentuh di hati – Dato' ni bukan Islam, tapi dia lebih muslim dari seorang Islam itu sendiri.

Ketua saya juga mengatakan benda yang sama – kalau tak boleh outstation sebab suami tak bagi –jangan kerja. Berhenti. Dok kat rumah boleh buat apa yang awak suka. Kalau nak kerja – buat cara orang yang kena kerja. Kerja ialah melakukan apa yang di arahkan dan apa yang diamanahkan.

Dulu saya adalah seorang yang memberontak bila dipaksa outstation sebab memikirkan anak-anak yang kecil dan tugas di rumah. Tapi, bila diri sendiri menjadi penyelia pada ibu-ibu muda ini, terasa beban “tarik tali” begitu bermasalah.

Tak nak pegi outstation.
Habis tu, tugas di cawangan siapa yang nak jalankan - The show must go on.
Bergilir dengan rakan setugas bila perlu kerja luar, adalah satu-satunya penyelesaian yang baik.
Tapi jika tiap kali memberi jawapan : “Suami saya kerja malam, tak ada orang boleh jaga anak. Nursery tak nak jaga baby malam". Macam mana ni?

Serahkan beban kepada orang lain untuk memikulnya =  saya ada kerja tapi saya tak nak buat kerja saya =  jangan kerja.

Ramai lagi orang yang benar-benar memerlukan kerja dan sanggup melakukan apa sahaja asal dapat kerja yang halal dan berkat.

Wednesday, 13 March 2013

Batu api


Ada unsur ini dalam diri.
Diri sendiri.
Di mana tidak boleh mendengar saudara/sahabat kita di perlekehkan, dianiaya, diperlakukan tidak elok. Terus geram perasaan berapi-api dengan ketidak adilan itu.

Betul ke tidak adil? Teraniaya?

Atau setan gondol di dalam sedang gesek batu untuk timbulkan percikan api? Untuk menghidupkan bara yang lebih besar?

“Ko tau tak pagi tadi aku nak masuk simpang..eh eh, tiba-tiba mamat ni pancung depan terus masuk lorong aku. Skit lagi.. skittt sangat lagi nasib baik aku sempat brek. Budak satu ofis dengan kita. Muka selamba je tak de rasa bersalah langsung”
“Sapa-sapa-sapa??” [batu sedang digesek di dalam diri]

“Aku sedih la nyah (panggilan manja Miz), tiap kali aku jumpa budak Jebon tu, dia mesti tanya aku kuat-kuat – depan orang pulak tu “Eh ko bila nak kawin ekk”Malu aku nyah”
“Dia kata macam tu kat kau? Tengah orang ramai? Apa sewel ke dia tu!”[batu yang digesek telah memercikkan api]

Kenapa tak boleh terima dengan nada yang rata lagi rendah lagi pasrah serta redha???

“Sabar lah.. nanti esok-esok dia pancung road bully baru dia tau.. ko teruskan lah bawa macam semut so that ko sentiasa sempat brek emergency”.

“Takpe la beb..dah dia tu macam tu nak buat macam mana lagi.. Kita doakan lah, dari usikan dia tu menjadi cinta pada ko pulak. Bini no 2 pun, no 2 lahhh.. kuasa Allah. Kita doakan je la agar dia diberi hidayah”.

Kalau jawab macam tu rasanya orang yang cerita pun dah habis modal.. termati kat situ je.. nak raih simpati harapkan kutukan dan cacian terbantut.

Kenapa tak boleh jawab macam tu.. ??
Kenapa setiap ketidakpuasan hati dijawab dengan rasa tak puas hati lagi.. tambah lagi satu das..
Kenapa setiap kemarahan di top-up lagi dengan kemarahan yang lain..

Nak belajar jadi macam Mama.. selalu dijawab dengan “biarlah..”
Walau nampak seperti mengalah dan tidak memperjuangkan hak sendiri tetapi – hidup tenang, tidak mengata orang juga tidak menghasut orang.Tak de dosa free.

Jom jadi baik.