Thursday, 12 May 2016

Jalan-jalan Lombok

Wah, banyak pulak berjalan awal tahun 2016 ni.


Kali ke ke Lombok pula... pengembaraan bersama dengan kawan-kawan sekolah rendah. Alhamdulillah, seronok dan yang penting, jimat! Hehee..

Semuanya dirancang oleh Nonie, dia yang membuat booking villa dan kowtim tentang transport dan lain-lain lagi lah. Kos ground tour hanya RM600 meliputi:
- Villa 3 bilik
- Makanan 3 kali sehari
- Transport pegi balik ke airport
- Transport sepanjang berada di sana
- Tiket masuk ke air terjun (asalnya termasuk tapi lepas tu Pak Rocky buat-buat lupa - kita bayar sahaja lah malas nak gaduh)


Komen:
1. Riverside Villa, Senggigi - memang BEST! 3 bilik memang cukup utk 7 orang. Selesa, ada pool, kelengkapan semua cukup.
Oh - tapi cerek air dan strika kena mintak dengan kitchen. Dan mesin basuh tak tahu nak guna!


2. Tour Guide (disediakan olek Pak Rocky) - memang HEBAT! Saya puji sikap tour guide Indonesia, meraka sangat sabar melayan karenah kami (yang aku rasa agak over jugak terkadangnya hehee) santun dan sangat menjaga kami sebagai tetamu mereka. Beg plastik semua mereka yang tolong angkatkan. Backpack pun dia angkatkan!


3. Transport - Tip Top! Pak Rocky arrange kami ber-7 menaiki van besar dan speed bot kepunyaannya sepanjang 4H3M kami di sana. Memang sangat memudahkan.

Sesuka hati minta driver kami berhenti beli baby nenas... guide je turun dan tolong belikan.. hehehee

4. Itinerary - Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian...nangisss!

Lain kali - study.. jangan terserah dan berserah!

Hari Pertama: Arrival. Check In.
Ketibaan dari KLIA2 sudah agak lewat, sekitar jam 9.30 malam... Di airport sememangnya guide dah tunggu. Dari airport ke Sengigi - perjalanan dalam 2 jam dan kami dibawa untuk singgah makan di cafe Pak Rocky - Banana Leaf Cafe. Makan malam pertama ni sangat best!! Grilled seafood - sotong, udang dan yang paling istimewa - 9 ekor LOBSTER! Ini lah kali pertama aku makan lobster (kesian...). Sambil-sambil makan Pak Rocky briefkan perancangan untuk hari-hari seterusnya.. kami setuju sahajalah sebab sorang pun tak study! (Konsep Berserah dan terserah).

Grilled seafood di Banana Leaf Restaurant Pak Rocky


Day 2: 
Monkey Jungle dan Senaru Waterfalls.



Jarak dari Senggigi ke Senaru adalah 2 jam. Singgah dalam setengah jam di Monkey Jungle untuk memberi monyet makan, nasib baik lah monyet ni baik-baik dan berbudi bahasa semuanya. Aku turun beri kacang dan kebetulan ada krew tv sedang buat liputan. Aku pulak kena interview. Glemer jap Mak Jah! 


  

Aku pun tak tahu da apa aku komen. Ingat cakap "Bagus-bagus" je..

Antara berani dan tidak dengan sang monyet
Kami bertidur-tiduran je dalam van tu. Akhirnya sampai lah kami ke kawasan rest area sebelum masuk ke Sendang Gila di kaki Gunung Rinjani(Lombok Utara). 



Turun naik tangga, dalam 30 minit jugalah baru sampai ke Sendang Gila! 


 
Segala sendi dah terasa longgar masa ni..
Tangga demi tangga - turun dan naik...
Sampai akhirnya! Air Terjun Sendang Gila





Dah makan, dah ambik gambo kat sini, sambung lagi perjalanan mencabar ke Tiu Kelep pula... Air terjunnya di kawasan ni sahaja, tapi perlu mendaki lah lagi..

Dari Sendang Gila nak ke Tiu Kelep, menyeberangi kawasan tali air
  


Nampak tak tangga di hujung kanan gambar ni (gambar bawah - kiri) Kami mendaki dari arah bawah tangga tersebut....dalam 100 meter juga lah tinggi tangga tu... dan di belakang Oki adalah terowong... Haaa... itu lah TANGGA VS TEROWONG 

Bila masa pula ahli kumpulan kita bertambah ni.. heheee

 




Apa pun terjadi - gambar mesti tetap vouge!
Kalau kami gagah - ini lah habuannya! Tiu Kelep!
Ada sedikit adventure yang menyelamatkan kehambaran trip ke air terjun ni.. Hala balik dari Tiu Kelep tak jadi tu, Oki bawa kami melalui jalan pintas di mana kami tidak perlu turun naik mendaki lagi.. tapi perlu melalui TEROWONG! Air memang laju gila separas peha dan gelap! Tapi BEST!! sebab baru lah terasa adventurenya!



Keadaan huru hara sebelum masuk terowong
Akhirnya dalam masa 10 minit merentas terowong yang airnya laju, gelap - akhirnya kami selamat tiba di sebalik sana, dan sudah tidak jauh dari tempat permulaan kami trekking awal-awal tadi. Fuh.. penat gila!

Hala balik dari air terjun Oki membawa kami singgah untuk melihat matahari terbenam di Pantai Malimbu, sambil menikmati jagung bakar dan ikan bakar yang tersedap EVER!



Allahu Akhbaaar.... Alhamdulillah...

  

Alhamdulillah... sedap sangat makan... ramai-ramai dengan kawan

Malamnya sesampai di villa -  memang flat, kaki hampir kejang tapi sempat juga kami berendam di kolam di villa... lagi best sebenarnya! Hehehe.... mandi dalam gelap beramai-ramai! Ini adalah antara highlight detik-detik yang dirindui semasa kami di Lombok - sesi berendam dalam kolam!

Review aku: Sebenarnya untuk ke sini dan ENJOY aktiviti di sini, kita perlukan persediaan mental (bukan berserah dan terserah) dan persediaan fizikal yang baik. Memang cantik Tiu Kelep tu, sangat "surreal". Tapi oleh kerana kami agak lembik,rasa malas dan tak saggup - tak dapat menghabiskan trekking untuk ke destinasi. 
Penghujungknya - kami melabelkan trip hari ini sebagai satu kerugian masa yang sepatutnya boleh digantikan dengan aktiviti lain... Kalau tahu (bukan berserah sahaja), dari awal boleh cadangkan untuk ke pulau-pulau lain atau ke mana-mana lokasi 'penggambaran' yang cantik... mesti lagi best!


Hari ke-2: 
Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air





Sebelum ke Jeti, singgah untuk ambik gambar di kawasan 
yang berpemandangan cantik ni


Gili Trawangan - Cantik pulaunya, tapi aktiviti yang dipilih sungguh menyiksa jiwa!!
Untuk ke 'landmark' buaian terkenal di Lombok itu - kami diberi pilihan sama ada mahu berkereta kuda (dalam 15 minit) atau berbasikal (dalam 1 jam). Kalau berkereta kuda, "Enggak bisa berhenti-henti ya bu". Ini tak boleh jadi - kami ni kan gila glamer, haruslah selfie dan berfoto mana yang sempat! Jadi pilih juga lah (dengan beraninya) untuk berbasikal!

Siksaaaaa oh siksa! Sakit betis dan lutut dari trekking di Sendang Gila semalam belum kurang dah tambah lagi siksa di montot! Huhuuu! 

Baru sampai - excited! (belum tahu apa di hadapan menanti kami!)
Sekitar 'pekan' pelancongan Gili Trawangan

Ni kereta kudanya - muat 3 orang per trip. Jangan tanya harga, aku tak naik!


Ber-tandem bike dengan Teh sebab dia tak tahu bawak basikal! 
Sakit montot jangan cerita lah, tapi demi posing, tetap vouge!
The water is blue, the water is clear but the sand definitely is NOT soft!
Suka gambar ni! Walau aku takde.. Kiri kanan jalan adalah cafe dan restoren untuk pelancong. 

Missing Fidah - dia ber-tandem dengan Abam Guide...
Panass weh! 

Habis susun nak bagi nampak semua dalam satu frame gambar, 
dan dengan topi besau masing-masing. 
Air jernih sangat!

Kawasan pantai di hadapan Hotel Ombak Sunset. Ada 3 buai tapi buai yang tengah ini lah yang paling legend

Gambar tak jadi tapi cantik... ada aura misteri di situ!
   
Setelah selesai berposing maut di buaian, sambung pengkayuhan basikal (dan kesiksaan jiwa raga) untuk memulangkan basikal kami sebelum bertolak ke gili seterusnya.



Gambar di atas nampak 'biasa'. Hakikatnya, pada ketika itu kami dalam perjalanan pulang dan semua orang dah flat, lapar, dahaga. Teh dan Emi hampir gastrik. Berhenti seketika di sini. Aku dan Teh pergi membeli Smoothie pisang sebagai energy booster dan pengalas perut kepada kawan-kawan. Dan di sinilah Nonie tertinggal topinya...

Review aku:Gili Trawangan - Boleh lah...

Destinasi seterusnya, kami ke Gili Meno.




Aku lebih suka Gili Meno berbanding gili-gili yang lain, kerana di sini keadaannya lebih tenang dan privacy. Pasirnya juga putih, halus lembut dan bersinar-sinar! Bila diteliti, ada biji biji 'berlian' halus yang menyebabkan pasir itu berkilau. Subhanallah..!

Kami sempat solat disini, dan air yang digunakan untuk berwuduk - mesti pun keluar dari paip yang disediakan - Ya Ampunn.. masin! Tapi yang penting, wuduk tersebut sah dan kami selamat menunaikan kewajipan.... Alhamdulillah....

Entah kenapa, kami tiada gambar di Gili Meno.. kecuali gambar Teh sedang bersantai menunggu kami solat!


Sorry kawan, gambar ko tak ready ni lah satu-satunya yang nampak pantai Gili Meno!
Gambar-gambar di bawah adalah dari Google...




Sesudah solat, makan dan mandi-mandi lebih kurang, Oki mengajak kami ke Gili Air untuk snorkelling pula... Horeey!

Gili Air
Setibanya kami di kawasan Gili Air, guide menyuruh kami bersiap untuk snorkeling. Google dan jaket keselamatan ada disediakan - termasuk dalam pakej. Mula-mula, aku tak lalu nak pakai mask, kerana membayangkan berapa ramai lah orang yang telah mengigit 'mouth piece' tu, tapi pejam mata belasah je lah sebab nak snorkel kan... dah datang jauh-jauh rugi tak snorkeling. Penurunan ke air dimulai dengan aku dan Feedah. 2 orang yang konfiden untuk snorkel, cheh. Kemudian diikuti oleh Ruzlina dan Fazlina. Kawan-kawan lain tak dapat nak turun - Emi - mabuk, Nonie pening. Teh - rabun. Jadinya kami berdua je lah snorkel. Tapi tak lama Faz naik sebab dia dah panik memandangkan ini lah kali pertama mencuba untuk snorkel. Ruz pun naik juga rupanya, aku tak pasti kenapa sebab aku dan Feedah sibuk bergayut pada tali dan fefeling snorkel.

Review aku : Snorkel di Gili Air - Airnya jernih, cantik dan ikan pun banyak. Kawasan sedikit berombak jadi agak susah nak seimbangkan badan, lebih-lebih lagi dengan keadaan life jacket yang "asal ada" - tak cukup tali nak ikat. Ada isu keselamatan di situ. 

Aku sendiri tak lama dalam air, aku minta naik sebab permukaan laut agak berombak dan goggle mask aku masuk air.

Guide bawak kami ke pantai di mana akhirnya - semua lepak terbaring macam dugong di pasir tepi pantai tu. Hanya Teh, Ruzlina dan Feedah sahaja yang snorkeling dengan guide di kawasan tepian pantai. Yang lain - mabuk, pening dan trauma first time snorkeling tak jadi!


Di sini lah kami terbaring keletihan dan kepeningan kemabukan laut bergelora. 
Gambar ni di ambil selepas semua dah rasa ok.
Barulah mood nak bergambar ada.
Berdasarkan gambar di atas, kawasan resort/restoren di pantai amat amat dekat dengan gigi air. Mungkin juga waktu ini air sudah pasang..

Hanya Na dan Feeda (dan Teh - tiade dalam gambar) sahaja yang snorkeling di kawasam tepi pantai

Review aku: Boleh la... 
Aku tak pasti sama ada kami tidak di bawa di kawasan yang khusus untuk snorkeling, kerana bagi aku - batu karang di Pulau Perhentian adalah jauh lebih cantik. Air laut di sini juga agak beralun dan berombak. Jika penyelam tegar/mahir mungkin boleh kawal dan biasa dengan keadaan ini, tapi bagi kami yang sesekali bersnorkeling ni, keadaan sebegitu agak mempengaruhi aras keyakinan untuk berada di dalam air. Di tambah dengan 'faktor usia' ada yang tak tahan dan boleh menyebabkan pening + mabuk.

Untuk mendapatkan BEST EXPERIENCE - perlu ada kajian yang lebih mendalam dan memastikan guide akan bawa ke tempat tersebut. Aku rasa terdapat banyak review tentang Lombok dalam Trip Advisor. Study!

Definitely jangan amalkan konsep "Berserah dan terserah"!

Kami pulang ke Lombok dalam jam 5.40 petang dan Oki membawa kami ke Pantai Nipah utuk menikmati pemandangan matahari terbenam sambil makan malam ikan bakar lagi! Harga ikan bakar di sini lebih mahal dari Pantai Malimbu dan kami juga sepakat bersetuju ikan bakar di Malimbu lebih enak. 
Tapi situasi ini di imbangi dengan anugerah Allah untuk makhuknya yang tahu menghargai - Subhanallah - pemandangan matahari terbenam adalah cukup indah!


Wakaf buluh yang disediakan untuk makan. Kalau kat Malaysia aku panggil ni pangkin.
Di kawasan dalam (belakang kami), wakafnya berbentuk "pondok"




Hari ke-3: Sekitar Lombok
Flight balik adalah pada jam 5 petang dan agenda hari ini adalah di sekitar Lombok sahaja. Kami di bawa ke Pasar Senggigi, Pasar Mataram dan Dusun Sasak Sade. 

Review aku:
Pasar Senggigi- pasar untuk penduduk tempatan. Ada juga jualan tshirt, skirt dan kain-kain untuk cenderahati - tapi kualiti agak rendah, dan kita perlu pandai menawar.  
Overprized, ada unsur-unsur mengambil kesempatan, dan tak banyak berbeza dari pasar di tempat kita. Jika anda dalam kesuntukan masa, boleh skip tempat ni.


Mereka banyak menggunakan kuda sebagai kenderaan. 
Walau nampak agak 'kolot' - tetapi ia adalah sangat HIJAU!

Pasar Mataram - seperti Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu - penuh dengan jualan baju, kain, cenderahati, tshirt dan lain-lain. Banyak pilihan tetapi perlu juga tawar menawar. Boleh pegi lagi next time..
Pasar ini lebih baik berbanding Pasar Senggigi untuk membeli pakaian dan tshirt.

Desa Sasak Sade - Kawasan penempatan unik yang telah dikomersialkan dengan penjualan hasil tenunan penduduk di situ. Kain pelikat, kain tenun, rantai, gelang dan lain lain. Ada tour guide, yang menawarkan diri walau tidak di minta (perlu di beri tips kemudiannya). Dia akan memberikan penerangan sejarah dan kebudayaann di situ. Aku rasa kumpulan kami mendapat tour guide yang agak mendesak (kami banyak menyinggah untuk melihat dan membelek barang - dasar orang perempuan kan).

Jika aku sendiri yang susun itinerary, aku akan skip tempat ni. Aku lebih suka ke tempat di mana kita diberi pilihan untuk bebas bergerak mengikut rentak kita sendiri.. Mungkin kerana kami tiba dalam kumpulan yang besar dan menjadi persefahaman antara mereka dan Oki/Pak Rocky - aku pasti kita boleh menolak 'guided tour' dan berjalan sendiri sahaja. Tempat ini tidak lah terlalu besar. Pusing-pusing pun di situ juga..
Jika kesuntukan masa dan tiada agenda untuk membeli hasil tenunan, boleh sekadar singgah untuk mengambil gambar dan terus beredar. Kawasan ini adalah dalam perjalanan ke lapangan terbang.


Gambar : Google
Antara beberapa tempat yang kami lawati yang aku belum nyatakan :

Masjid Kuno Bayan Balek - Masjid ini kami singgah setelah selesai agenda di air terjun. Er, oleh kerana aku ni bukan jenis yang meminati sejarah dan monumen tempatan - jadi jika aku yang buat itinerary, aku akan skip yang ni. 

Gambar: Google

Pusat Oleh-Oleh - Gandrung dan Sasu Ku

Gambar : Google
Kami di bawa ke Gandrung pada malam ke dua (setelah selesai makan di Pantai Malimbu). Banyak pilihan, tshirt berkualiti dan harga berpatutan. Aku suka! Rugi beli sehelai sahaja di sini! Pusat ini juga agak besar, serta ada tandas di sebelah belakang bangunan yang agak selesa. 

Begitu juga dengan kedai SaSuku, banyak pilihan tshirt dan ole-ole pada harga aku rasa juga agak berpatutan dan kualiti yang lebih baik dari di pasar-pasar.
Gambar : Google
Kesimpulan

Secara keseluruhannya dan secara tidak langsung - objektif utama trip ini untuk merapatkan silaturahim kawan-kawan lama - tercapai dengan jayanya. 

Espektasi aku Lombok sebagai destinasi pulau untuk mandi pantai dan snorkeling tidak tercapai sepenuhnya. Tiada karang yang hidup dan merimbun dan berwarna warni. Bagi aku, pantai dan terumbu karang Kepulauan Malaysia masih belum ada tandingan. Tapi itu adalah pengalaman aku - mungkin pengalaman pelancong lain lebih menarik kerana di bawa ke tempat yang betul!


Yang penting - STUDY!

Wednesday, 6 April 2016

Prosedur Tukar Hakmilik Kereta dan Tukar Nombor Pendafataran Kereta

Alkisah....

Sang Biru telah berkhidmat dari tahun 1994.. banyak jasanya.. tapi Sang Biru kerap sangat menye-tress kan CikPuan dia.. selalu mati-mati tengah jalan... Emosi CikPuan sering terganggu dek kerana kelakuan itu.. tak ayu la tengah2 jalan kena tolak kereta...


Maka, Sang Biru akan diberikan kepada tuan baru dan CikPuan akan mendapat Sang Lebah baru yang berwarna hijau..

Maintain nombor lama

Kes aku pening skit, sebab urusan tukar pemilik kereta bersekali dengan urusan tukar nombor kereta.

Jadi - selesaikan lah dulu cerita TUKAR NOMBOR PLAT kereta, baru lah tukar nama PEMILIK KERETA.

Yang tukar plat tu (nombor registered kereta baru dengan nombor lama Sang Biru) diuruskan oleh agen Sang Lebah..

Prosedur tukar hakmilik kereta, sekiranya telah ada pembeli. 

Mula-mula:

1. [OWNER LAMA] Kena masuk Pejabat JPJ - isi borang untuk tukar nama pemilik kereta dan "thumb print" dalam sistem JPJ.
- Bawa geran asal. 
- Isi borang 
- Perlu tahu nama serta IC owner baru
Urusan ini boleh dibuat terus sebaik sahaja kereta ada pembeli.

2. [OWNER BARU] Buat appointment dengan PUSPAKOM (melalui telefon). Seeloknya telefon lah seminggu lebih awal dari tarikh perancangan kita, sebab kadang-kadang slot PUSPAKOM penuh. 


Bawa kereta untuk pemeriksaan pada tarikh dan slot masa yang telah ditetapkan (Boleh je wakilkan sesapa kalau ada orang boleh suruh). Isi borang dan tunggu lah pemeriksaan di buat. Dah lepas pemeriksaan, kena tunggu lagi untuk report keluar. Total semuanya - RM30 je. Kalau takde masa nak pegi PUSPAKOM, gunalah perkhidmatan pemeriksaan bergerak - tapi kena lah bayar RM130, dan diaorang boleh datang buat pemeriksaan kat rumah kita.

Urusan PUSPAKOM ni kena sediakan:
- Geran kereta
- Standby IC owner
* Sila pastikan report PUSPAKOM adalah atas nama OWNER BARU, sebab urusan seterusnya semuanya atas tuan baru....
* Dalam hal ini, saya buat urusan ni, sebab tak percaya nak simply serahkan geran pada orang lain sedangkan dia belum habis bayar.

3. [OWNER BARU] Buat insurance
- Mana-mana syarikat insurans boleh buat. Sekarang kat Pejabat POS pun dah ada kaunter untuk insurans kenderaan. Dokumen diperlukan:
- Geran kereta
- Report PUSPAKOM
- IC owner baru
- Duit secukupnya (mengikut anggaran value kereta)

4. [OWNER BARU] Masuk JPJ semula - Untuk tukar nama pada geran kereta. Kena sediakan dokumen:
- Geran asal kereta
- Insurans atas nama owner baru
- Report PUSPAKOM
- RM100

Sekiranya Owner Lama dah masukkan "thumb print", almost dah selesai sebab pemilik baru boleh terus pegi JPJ selesaikan urusan penukaran nama kerana JPJ telah ada rekod persetujuan dari pemilik lama.


Tuesday, 5 April 2016

Shopping di Ho Chi Minh - Lagi!

Aku pegi lagi ke HCM! Hahaha! Kali ni bawa Pakcik Mie pulak - kebetulan ada tiket AA yang murah - rembat. RM200 pegi balik.. Horeey!

Hotel pun aku pilih yang antara termurah yang ada, RM192 untuk 3 hari 2 malam. Sangat berbaloi. Hotel tu ok lah, selesa untuk tidur dan within waking distance.




 

Kali ni pergi, ada kelainan sedikit. Kami membeli tiket dari agen - kawan kat ofis lama. Alhamdulillah, murah beli dgn dia dan terasa seolah-olah orang jaga kita.. hehehe... siap remind, time utk check in tiket, masa kena ada kat airport.... tips2 kat HCM dsb.. manja la skit...

Dari airport, kami naik bas untuk ke Pusat Bandar. Keluar dari airport, pusing kanan. Ikut rakyat Malaysia otai2 yang keluar dari airport tu.. jalan depan skit (lebih kurang depan Burger King) - ada bas tunggu kat situ. Kalau takde bas, maksudnya bas belum sampai.. so tunggu kejap. Ada 'usherer' yang suruh kita tunggu kat tiang situ... Di sini aku rasa sedikit tertipu dengan bas.. hahahaa!

Bas bernombor 152 - ada 2 kaler:
- warna biru, sedikit buruk tambangnya VND5000 dong (sekitar RM1). Masa aku tiba kat tiang tu takde pun bas biru, mungkin dah terlepas sebab aku terlambat (gi beli prepaid dulu)
- warna merah (yang aku naik) tambangnya VND30,000 (dalam RM5.50)
* jadi, kalau tak kisah - naik je lah mana-mana bas.. sebab RM5.50 masih murah berbanding kalau naik teksi kena VND200,000 (dalam RM35). tapi aku rasa sangat tak puas hati.. hahahaa...!

Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Bas akan berhenti di bulatan kuda di depan Pasar Ben10.


Gambar dari Google -ni bas yang yang tambangnya VND5000

Agenda aku pun berbeza skit kali ni, aku tak shopping sangat, tapi melawat Notre Dame dan Post Office. Penat jugak jalan weh..dalam 20 minit juga..cuma, jalannya santai-santai sambil selfie tak lah terasa penat sangat pun. Kepada yang berhajat nak pegi ke tempat ni, boleh je Waze, atau print siap-siap peta, atau snap gambar post office/Notre Dam simpan dalam HP - nak tanya arah, tunjuk je gambar tu kat orang2 tempatan di sana, diaorang boleh tunjukkan.. Tak susah pun nak cari. 


 
Terasa saiz yang berbeeza bergambar dengan makcik-makcik Viet ni!



Budak-budak tengah buat projek History dan kena bergambar dnegan tourist. Layankan je lah..

Comelnya gambar super impose ni... Suka suka!
Hmm - Suka sangat lah tu!

Agenda kali ni juga aku namakan agenda makan. Sebab aku introduce Pakcik Mie dengan kopi Vietnam, smoothie buah, Pho, dan apa-apa je lah boleh makan di sepanjang jalan Nguyen Anh Ninh tu..




Agenda lain - Well shopping la jugakkan.. hehe!

1. Lotus seed - RM70/kg
2. Tudung printed Neelofa cotton RM35
3. Tudung printed Neelofa tepi jalan (chiffon) - RM5
4. Kopi 3in1 - RM9 (Aku ada tertipu memula kedai aku singgah dia jual RM15!)
5. Kasut anyam Khadija n Sofea RM70/each
6. Beg Kipling munga-munga untuk ku RM35
7. Messanger Beg Campers Pakcik Mie RM65 kat deret kedai Jalan Le Loi
8. Backpack (Size S) jual kat pasar malam RM25 fixed price - tak pening nk tawar dah




    

    
Tudung printed cotton lycra (Neelofar)

Beg Kipling - RM35 beli kat luar pasar - kedai hujung jalan Nguyen Anh Ninh, tak perlu pening nak tawar menawar

Kasut Sofea dan Khadija, RM70 setiap satu. Rasa macam tak cukup tawar pulak.. huhuu.. Tapi MIL datang rumah cuba kasut ni dia memang sedap pakai, sebab tapak jenis getah yang elok. (nak sedapkan hati aku sendiri lah)

Lebih kurang macam ni lah utk Sofea/Khadija tapi corak bunga nya lain 



Beg macam ni ada juga aku tengok, siap boleh sling kat bahu, tapi harga dia letak RM80, Bila fikir balik, banyak dah beg aku... insaflah....


Aku juga tempah sekali lagi blouse dan seluar - sebab masa tempah dalam pasar Ben10 tu aku tak puas hati. Kali ni aku gamble tempah kat kedai belakang jalan Nguyen Ahn Ninh.. Dipilih kerana - pilihan kain-kainnya cantik2 dan PakcikMie berkenaan ada kain utk kemejanya... The Result: Puashati sebab kain cantik, dan hasil selepas siap menepati body aku yang memang kena tailor-made ni. Pakcik Mie pun puas hati dengan kemeja dia. Memang cantik!

Cuma bab harga, kedai ni mahal banyak -   RM120 bagi seluar/blouse/kemeja berbanding RM80 yang aku buat dari kat dalam Pasar Ben10 dulu. 


Eh, banyak jugak  yang aku beli kan!

Best jugak pegi HCM ni... kalau ada rezeki, tiket AA murah lagi, insyallah nak bawak the kids pulak...