Sang Biru telah berkhidmat dari tahun 1994.. banyak jasanya.. tapi Sang Biru kerap sangat menye-tress kan CikPuan dia.. selalu mati-mati tengah jalan... Emosi CikPuan sering terganggu dek kerana kelakuan itu.. tak ayu la tengah2 jalan kena tolak kereta...
Maka, Sang Biru akan diberikan kepada tuan baru dan CikPuan akan mendapat Sang Lebah baru yang berwarna hijau..
![]() |
Maintain nombor lama |
Kes aku pening skit, sebab urusan tukar pemilik kereta bersekali dengan urusan tukar nombor kereta.
Jadi - selesaikan lah dulu cerita TUKAR NOMBOR PLAT kereta, baru lah tukar nama PEMILIK KERETA.
Yang tukar plat tu (nombor registered kereta baru dengan nombor lama Sang Biru) diuruskan oleh agen Sang Lebah..
Prosedur tukar hakmilik kereta, sekiranya telah ada pembeli.
Mula-mula:
1. [OWNER LAMA] Kena masuk Pejabat JPJ - isi borang untuk tukar nama pemilik kereta dan "thumb print" dalam sistem JPJ.
- Bawa geran asal.
- Isi borang
- Perlu tahu nama serta IC owner baru
Urusan ini boleh dibuat terus sebaik sahaja kereta ada pembeli.
2. [OWNER BARU] Buat appointment dengan PUSPAKOM (melalui telefon). Seeloknya telefon lah seminggu lebih awal dari tarikh perancangan kita, sebab kadang-kadang slot PUSPAKOM penuh.
Bawa kereta untuk pemeriksaan pada tarikh dan slot masa yang telah ditetapkan (Boleh je wakilkan sesapa kalau ada orang boleh suruh). Isi borang dan tunggu lah pemeriksaan di buat. Dah lepas pemeriksaan, kena tunggu lagi untuk report keluar. Total semuanya - RM30 je. Kalau takde masa nak pegi PUSPAKOM, gunalah perkhidmatan pemeriksaan bergerak - tapi kena lah bayar RM130, dan diaorang boleh datang buat pemeriksaan kat rumah kita.
Urusan PUSPAKOM ni kena sediakan:
- Geran kereta
- Standby IC owner
* Sila pastikan report PUSPAKOM adalah atas nama OWNER BARU, sebab urusan seterusnya semuanya atas tuan baru....
* Dalam hal ini, saya buat urusan ni, sebab tak percaya nak simply serahkan geran pada orang lain sedangkan dia belum habis bayar.
3. [OWNER BARU] Buat insurance
- Mana-mana syarikat insurans boleh buat. Sekarang kat Pejabat POS pun dah ada kaunter untuk insurans kenderaan. Dokumen diperlukan:
- Geran kereta
- Report PUSPAKOM
- IC owner baru
- Duit secukupnya (mengikut anggaran value kereta)
4. [OWNER BARU] Masuk JPJ semula - Untuk tukar nama pada geran kereta. Kena sediakan dokumen:
- Geran asal kereta
- Insurans atas nama owner baru
- Report PUSPAKOM
- RM100
Sekiranya Owner Lama dah masukkan "thumb print", almost dah selesai sebab pemilik baru boleh terus pegi JPJ selesaikan urusan penukaran nama kerana JPJ telah ada rekod persetujuan dari pemilik lama.